Karya seni suasana Dewan Rakyat

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj hari ini berkenan membeli sebuah karya seni lukisan selepas ia menarik perhatian Baginda. Selangor Royal Office dalam hantaran di laman Facebook memaklumkan, Sultan Sharafuddin berhasrat menggantung lukisan tersebut di bilik bacaan peribadi baginda. Satu hari nanti, baginda berhasrat untuk melelong lukisan ini dan hasil lelongannya akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan. Berdasarkan beberapa keping gambar yang dimuat naik, karya seni yang dilihat mempunyai makna tersirat itu seolah-olah menggambarkan situasi di dalam Dewan Rakyat Turut mencuri tumpuan pada lakaran seni itu ialah imej mirip orang…

Read More

Brunei catat 250 kes baharu

BERAKAS 12 April – Kes jangkitan harian Covid-19 di Brunei Darussalam turun kepada 250 kesĀ  berbanding 281 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 139,061. Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 230 adalah hasil Ujian ART dan 20 kes adalah hasil daripada 883 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam masa 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata terdapat satu kes dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU). Dua kes…

Read More

Penurunan kes harian Thailand

BANGKOK 12 April – Thailand merekodkan 19,982 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang menunjukkan penurunan berbanding 22,387 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 3,925,854 kes. Jumlah kematian harian juga turun dengan 101 orang berbanding 105 yang dilaporkan meninggal dunia pada hari sebelumnya. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 52 adalah kes import, 19,930 kes jangkitan tempatan. Jumlah itu tidak termasuk 10,977 kes positif hasil ujian antigen. Bangkok mendahului kes tertinggi iaitu 3,339, diikuti Nonthaburi 884, Chon Buri 791, Nakhon Pathom 736 dan Samut Prakan 724. Setakat semalam, sebanyak…

Read More

18 tawar diri Naib Presiden PKR

KUALA LUMPUR 12 April – Di sebalik kemenangan Anwar Ibrahim tanpa bertanding bagi jawatan Presiden PKR, berlaku persaingan sengit melibatkan jawatan Naib Presiden apabila 18 orang menawarkan diri untuk jawatan itu. Empat jawatan No.3 dalam parti itu kosong apabila tidak ada penyandang yang menawarkan diri bertanding sama ada tidak bersedia, bertanding jawatan lain, meletak jawatan sebelum ini atau keluar parti. Bagaimanapun, senarai penuh calon yang akan bertanding hanya akan dimuktamadkan esok sekiranya terdapat sebarang bantahan atau penarikan diri. Calon terakhir yang melengkapkan 18 nama malam tadi adalah Ketua Penerangan PKR,…

Read More

Anwar kekal Presiden PKR

KUALA LUMPUR 12 April – Ahli Parlimen Port Dickson, Anwar Ibrahim mengekalkan kerusi Presiden PKR pada Pemilihan PKR 2022. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, berkata Anwar mengulangi sejarah pemilihan parti itu pada 2018, dengan menang tanpa bertanding bagi jawatan itu selepas pencalonan bagi bertanding jawatan tertinggi parti diadakan semalam. “Ini adalah penghormatan terbesar daripada akar umbi PKR. Saya dengan penuh takzim mengucapkan tahniah kepada saudara Anwar,” kata Saifuddin melalui Twitter pagi ini. Semalam, kenyataan daripada pejabat Presiden PKR memaklumkan Anwar akan mempertahankan jawatan itu bagi penggal 2022/2025. Anwar yang juga…

Read More

Kes harian turun bawah 10,000

PUTRAJAYA 12 April – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 turun lagi dengan merekodkan 7,739 kes baharu semalam, berbanding 8,112 yang direkodkan kelmarin dan 10,177 kes sebelum itu. Ini merupakan hari kedua berturut-turut jangkitan harian direkodkan bawah 10,000 kes dan mengikut rekod, negara pernah mencatatkan kes bawah paras 10,000 pada 4 Februari lalu iaitu sebanyak 7,234 kes. Menerusi data dikongsikan laman sesawang COVIDNOW, jumlah kes harian semalam menjadikan sehingga kini 4,333,557 individu sudah dijangkiti virus berkenaan dalam negara. Pada masa sama, sebanyak 19,049 kes sembuh dilaporkan semalam, menyumbang kepada 4,163,777 kes…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.84

PUTRAJAYA 12 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian untuk seluruh negara semalam, naik kepada 0.84 berbanding 0.82 kelmarin. Selangor masih merekodkan kadar tertinggi iaitu 0.92 berbanding 0.91 kelmarin disusuli Negeri Sembilan 0.86. Perak dan Terengganu pula masing-masing merekodkan 0.82 diikuti Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Johor masing-masing 0.80 dan Melaka 0.79. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula merekodkan 0.77, Pahang 0.75, Sarawak 0.76, Sabah 0.73,Pulau Pinang 0.72, Perlis 0.71, Kedah 0.70, Kelantan 0.66 dan Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan 10 kes. Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan…

Read More

164,375 kanak-kanak lengkap vaksin

PUTRAJAYA 12 April – Seramai 164,375 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun atau 4.6 peratus daripada populasi berkenaan di negara ini telah lengkap menerima vaksinasi Covid-19 setakat semalam. Menurut data laman web COVIDNOW, semalam sebanyak 29,917 kanak-kanak mendapatkan dos kedua itu di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids). Pada masa yang sama, seramai 1,368,326 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 38.5 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun, seramai 2,862,105 individu atau 92 peratus telah lengkap divaksinasi, manakala 2,963,947 atau 95.3…

Read More