Kadar kebolehjangkitan 0.84

PUTRAJAYA 12 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian untuk seluruh negara semalam, naik kepada 0.84 berbanding 0.82 kelmarin.

Selangor masih merekodkan kadar tertinggi iaitu 0.92 berbanding 0.91 kelmarin disusuli Negeri Sembilan 0.86.

Perak dan Terengganu pula masing-masing merekodkan 0.82 diikuti Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Johor masing-masing 0.80 dan Melaka 0.79.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula merekodkan 0.77, Pahang 0.75, Sarawak 0.76, Sabah 0.73,Pulau Pinang 0.72, Perlis 0.71, Kedah 0.70, Kelantan 0.66 dan Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan 10 kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment