Penurunan kes harian Thailand

BANGKOK 12 April – Thailand merekodkan 19,982 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang menunjukkan penurunan berbanding 22,387 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 3,925,854 kes.

Jumlah kematian harian juga turun dengan 101 orang berbanding 105 yang dilaporkan meninggal dunia pada hari sebelumnya.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 52 adalah kes import, 19,930 kes jangkitan tempatan. Jumlah itu tidak termasuk 10,977 kes positif hasil ujian antigen.

Bangkok mendahului kes tertinggi iaitu 3,339, diikuti Nonthaburi 884, Chon Buri 791,

Nakhon Pathom 736 dan Samut Prakan 724.

Setakat semalam, sebanyak 237,399 orang menerima rawatan Covid-19 termasuk 62,036 di hospital di mana 2,056 dalam keadaan kritikal, 885 bergantung kepada bantuan ventilator.

Dalam tempoh 24 jam juga, 28,057 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 3,662,166.

Sementara itu kes import melibatkan ketibaan dari 18 negara termasuk 21 kes dari United Kingdom, Australia (4) dan Singapura (4). 

Related posts

Leave a Comment