Karya seni suasana Dewan Rakyat

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj hari ini berkenan membeli sebuah karya seni lukisan selepas ia menarik perhatian Baginda.

Selangor Royal Office dalam hantaran di laman Facebook memaklumkan, Sultan Sharafuddin berhasrat menggantung lukisan tersebut di bilik bacaan peribadi baginda.

Satu hari nanti, baginda berhasrat untuk melelong lukisan ini dan hasil lelongannya akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan.

Berdasarkan beberapa keping gambar yang dimuat naik, karya seni yang dilihat mempunyai makna tersirat itu seolah-olah menggambarkan situasi di dalam Dewan Rakyat

Turut mencuri tumpuan pada lakaran seni itu ialah imej mirip orang hutan, monyet, babun serta katak yang berada di kedudukan kiri dan kanan Dewan Rakyat.

Binatang-binatang yang dizahirkan menunjukkan beberapa reaksi seperti ketawa, mengantuk serta ‘kelesuan’.

Foto FB

Related posts

Leave a Comment