Malaysia mula puasa Ahad

KUALA LUMPUR 1 April – Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Ahad ini. Syed Danial berkata, tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini. Sebelum ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui satu kenyataan menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah…

Read More

Saifuddin tanding No.2 PKR

KOTA BHARU 1 April – Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan akan datang. Katanya, beliau komited untuk membawa pendekatan kerja berpasukan dan akan menghargai sumbangan semua ahli parti. Selain itu, beliau juga akan meneruskan usaha membantu institusi presiden yang kini disandang Anwar Ibrahim dan sebelumnya turut membantu Dr Wan Azizah Wan Ismail mengukuh dan mempersiapkan parti menghadapi pilihan raya umum (PRU). Saifuddin berkata, beliau juga mengalu-alukan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bertanding jawatan Timbalan Presiden. “Rafizi adalah aset parti kerana beliau…

Read More

Bawa sejadah, pakai pelitup muka

PUTRAJAYA 1 April – Kekalkan disiplin, patuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika hadir ke masjid. Itu ingatan kepada umat Islam selepas saf solat berjemaah dirapatkan bermula hari ini dan juga Ramadan mulai Ahad ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, berkata jemaah dinasihat membawa sejadah sendiri dan memakai pelitup muka sepanjang melakukan ibadah bagi mengelak penularan pandemik. Beliau turut meminta mereka yang belum mengambil vaksin Covid-19 supaya berbuat demikian sebagai langkah pencegahan dijangkiti virus berkenaan. “Saya berterima kasih kepada semua pihak berkuasa agama negeri yang mengikut saranan…

Read More

Brunei catat penurunan kes

BERAKAS 1 April – Brunei Darussalam terus merekodkan penurunan kes harian hari ini apabila jumlah yang dilaporkan sebanyak 503 kes berbanding 686 semalam dan 745 kelmarin. Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 134,915 manakala dua kematian yang direkodkan hari ini tidak dikategorikan sebagai kematian akibat Covid-19. Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, lapan kes dalam kategori 4 direkodkan manakala tiada kes dalam kategori 5. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19, di sini beliau berkata, daripada 503 kes baharu 490 adalah hasil Ujian ART yang telah…

Read More

Sehingga 7 pagi, 11,000 masuk Malaysia

SINGAPURA 1 April – Sehingga pukul 7 pagi ini, lebih 11,000 orang melepasi pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas berikutan pembukaan semula sempadan Malaysia- Singapura hari ini. Menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) mereka yang melakukan perjalanan dengan berjalan kaki mula beratur di pusat pemeriksaan Woodlands pada pukul 11 malam semalam (31 Mac). Barisan kereta dan motosikal yang beratur panjang juga kelihatan di kedua-dua pusat pemeriksaan. ICA dalam satu kenyataan berkata, bagi pejalan kaki, ICA mula mengatur mereka lebih awal, mengikut status imigresen bagi membolehkan mereka melepasi imigresen dengan teratur…

Read More

Malaysia-Indonesia perkasa bahasa

JAKARTA 1 April – Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk bersama-sama memperkasakan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa berikutan ia adalah bahasa serumpun bagi kedua-dua negara. Perdana Menteri,  Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Indonesia, Joko Widodo, antara lain bersetuju untuk menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara di semua persidangan antarabangsa. Ismail Sabri berkata, usaha bersama antara Malaysia dan Indonesia bagi memperkasakan bahasa kebangsaan itu bakal membantu menjadikannya sebagai bahasa ASEAN pada masa depan. “Kita juga bersetuju dan berterima kasih kepada Presiden (Indonesia) kerana bersetuju dengan Malaysia untuk memperkasakan Bahasa Melayu yang juga…

Read More

310 kanak-kanak ambil dos kedua

PUTRAJAYA 1 April – Seramai 310 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam. Menurut data di laman web COVIDNOW, sebanyak 5,517 kanak-kanak tampil mendapatkan dos pertama semalam menjadikan jumlah keseluruhan 1,329,638 atau 37.4 peratus populasi itu di Malaysia sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19. Menerusi PICKids yang dilancar pada 3 Februari lepas, kerajaan menetapkan sela masa selama lapan minggu antara dos pertama dengan kedua. Sementara itu, bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,851,819…

Read More

Kes jangkitan harian meningkat

PUTRAJAYA 1 April – Kes harian Covid-19 menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 18,560 kes semalam, berbanding 15,941 kes pada hari sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 4,201,919 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kes sembuh pula sebanyak 18,253 menjadikan jumlah keseluruhan 3,960,082 orang pulih atau 94.2 peratus daripada keseluruhan kes jangkitan yang direkodkan setakat ini. Katanya, jumlah kes positif semalam terdiri daripada 187 kes import dengan 175 warganegara (93.6 peratus) dan 12 kes bukan warganegara (6.4 peratus) manakala  18,373 kes tempatan melibatkan 17,550 warganegara (95.5 peratus) dan 823 bukan…

Read More

Mulai Subuh tiada lagi penjarakan

PUTRAJAYA 1 April – Mulai Subuh hari ini, tiada lagi penjarakan fizikal bagi solat berjemaah di surau dan masjid di seluruh negara. Sembilan negeri, Wilayah Persekutuan, Terengganu, Sarawak, Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, Selangor dan Melaka, mengumumkan pelaksanaan solat tanpa penjarakan fizikal mulai 1 April. Kerajaan Negeri Sembilan pula menetapkan penjarakan fizikal ketika mendirikan solat berjemaah dan wirid di semua masjid dan surau mengikut aturan sejadah bersaiz besar iaitu 0.6 meter lebar x 1.2 meter panjang. Johor membenarkan semua masjid dan surau merapatkan sejadah ketika pelaksanaan solat berjemaah tanpa bersentuhan…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.87

PUTRAJAYA 1 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara terus menunjukkan penurunan apabila merekodkan 0.87 berbanding 0.88 kelmarin. Selangor kekal satu-satunya negeri yang mencatatkan kadar melebihi 1.0 iaitu 1.06 berbanding 1.04 kelmarin diikuti Perak 0.88. Melaka dan Sarawak masing-masing merekodkan 0.86, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.84, Negeri Sembilan 0.81 dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.80. Pulau Pinang mencatatkan 0.78, Terengganu 0.77, Pahang 0.76, Wilayah Persekutuan Labuan dan Johor masihg-masing merekodkan 0.75, Perlis 0.73, Kedah 0.72, Kelantan 0.67 dan Sabah 0.64. Nilai R-naught…

Read More