Mulai Subuh tiada lagi penjarakan

PUTRAJAYA 1 April – Mulai Subuh hari ini, tiada lagi penjarakan fizikal bagi solat berjemaah di surau dan masjid di seluruh negara.

Sembilan negeri, Wilayah Persekutuan, Terengganu, Sarawak, Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, Selangor dan Melaka, mengumumkan pelaksanaan solat tanpa penjarakan fizikal mulai 1 April.

Kerajaan Negeri Sembilan pula menetapkan penjarakan fizikal ketika mendirikan solat berjemaah dan wirid di semua masjid dan surau mengikut aturan sejadah bersaiz besar iaitu 0.6 meter lebar x 1.2 meter panjang.

Johor membenarkan semua masjid dan surau merapatkan sejadah ketika pelaksanaan solat berjemaah tanpa bersentuhan antara jemaah mulai esok, manakala turut mengambil langkah yang sama ialah Pahang, yang membenarkan kehadiran ke masjid dan surau kepada semua sama ada divaksin atau belum.

Perlis sebelum ini sudah membenarkan solat jemaah berjemaah dengan merapatkan saf sejak Januari lepas, sementara Sabah mengumumkan surau dan masjid boleh melaksanakan solat berjemaah dengan kapasiti penuh tanpa sentuhan fizikal berkuatkuasa esok.

Related posts

Leave a Comment