Kadar kebolehjangkitan 0.87

PUTRAJAYA 1 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara terus menunjukkan penurunan apabila merekodkan 0.87 berbanding 0.88 kelmarin.

Selangor kekal satu-satunya negeri yang mencatatkan kadar melebihi 1.0 iaitu 1.06 berbanding 1.04 kelmarin diikuti Perak 0.88.

Melaka dan Sarawak masing-masing merekodkan 0.86, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.84, Negeri Sembilan 0.81 dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.80.

Pulau Pinang mencatatkan 0.78, Terengganu 0.77, Pahang 0.76, Wilayah Persekutuan Labuan dan Johor masihg-masing merekodkan 0.75, Perlis 0.73, Kedah 0.72, Kelantan 0.67 dan Sabah 0.64.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment