Kadar kebolehjangkitan kekal 0.93

PUTRAJAYA 28 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara kekal pada kadar  0.93 sama seperti kelmarin. Tiga negeri mencatatkan kadar yang lebih tinggi dan satu negeri menyamai kadar kebangsaan itu manakala yang lain merekodkan kadar yang lebih rendah. Seperti kelmarin, hanya Selangor melepasi kadar 1.00 iaitu 1.09 berbanding 1.08 kelmarin diikuti Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masing-masing dengan kadar 0.95 manakala Melaka kekal pada 0.93. Sarawak merekodkan 0.92, Pulau Pinang 0.88, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.86, Negeri Sembilan 0.85, dan Johor…

Read More

66.4 peratus ambil dos penggalak

PUTRAJAYA 28 Mac – Sebanyak 5,692 lagi kanak-kanak seluruh negara mengambil dos pertama vaksin Covid-19 semalam menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kanak-kanak yang mengambil dos vaksin meningkat kepada 1,312,205 atau 37 peratus daripada populasi itu. Menurut data di laman web COVIDNOW, bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,848,821 individu atau 91.6 peratus melengkapkan vaksinasi dan 2,946,103 atau 94.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Pada masa yang sama, sebanyak 15,632,112 individu atau 66.4 peratus populasi dewasa pula telah menerima dos penggalak dan 22,948,963 atau 97.5…

Read More

Kes sembuh atasi jangkitan

JAKARTA 27 Mac – Indonesia terus mencatatkan peningkatan kes sembuh iaitu sebanyak 12,499 mengatasi jumlah kes harian Covid-19 yang direkodkan hari ini sebanyak 3,077 kes. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 5,714,662 orang manakala kes positif pula kini mencecah 5,998,953. Daripada 12,499 kes sembuh itu, sebanyak 12,436 merupakan kes jangkitan tempatan manakala 63 kes import sementara bagi  kes positif pula, sebanyak 2,974 adalah kes tempatan dan 103 kes import. Bagi kes kematian pula sebanyak 100 orang meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 154,670. Bagi kes vaksinasi pula, penerima doa…

Read More

Melaka jarak sejadah ke sejadah

MELAKA 27 Mac – Mulai 1 April ini, solat berjemaah di semua masjid dan surau di Melaka boleh dirapatkan saf mengikut saiz sejadah berbanding penjarakan fizikal satu meter, sebelum ini, kata Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali. Beliau berkata, ketetapan itu selaras dengan pengumuman kerajaan mengenai negara beralih ke Fasa Peralihan ke Endemik Covid-19 mulai tarikh itu. “Berkuatkuasa 1 April ini, di Melaka kita benarkan solat jemaah dengan jaraknya antara satu sejadah ke satu sejadah, (masih) ada sedikit penjarakan. “Boleh rapat (saf), orang nak sembahyang, takkan nak rapat saf saya kata…

Read More

Kedah juga rapatkan saf

ALOR SETAR 27 Mac – Semua masjid dan surau di Kedah dibenarkan menganjurkan solat berjemaah sama ada solat fardu, solat Jumaat dan solat sunat tanpa penjarakan fizikal atau saf dirapatkan mulai 1 April ini. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Mohd Yusri Md Daud berkata, kebenaran itu selaras dengan fasa peralihan ke endemik dan setelah mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah. Bagaimanapun, bagi aktiviti selain solat berjemaah, penjarakan fizikal masih diwajibkan termasuk jamuan makan, gotong-royong dan kenduri. “Khutbah, ceramah, kuliah dan kelas pengajian di masjid…

Read More

Selangor rapatkan saf, Tarawih 20 rakaat

SHAH ALAM 27 Mac – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan supaya solat berjemaah di masjid dan surau di seluruh negeri ini dirapatkan saf seperti biasa mulai 1 April ini. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),  Mohd Shahzihan Ahmad berkata, baginda membuat ketetapan tersebut setelah mengadakan satu rundingan bersama beberapa agensi kerajaan negeri dan ahli-ahli Dewan Diraja Selangor. Menurutnya, baginda berkenan membuat penelitian dan memperhalusi beberapa perkara untuk mengelakkan kesan mendalam akibat Covid-19, di samping memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara dan institusi masjid serta surau terus berfungsi sebagai pusat ibadah di…

Read More

Dos penggalak terus dapat perhatian

PUTRAJAYA 27 Mac – Sebanyak 17,651 individu mendapatkan dos penggalak Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 15,613,982 orang atau 66.4 peratus daripada populasi dewasa itu di negara ini menerima dos itu. Menurut laman web COVIDNOW, sejumlah 22,948,364 individu atau 97.5 peratus daripada populasi sama telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,224,510 atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,848,270 individu atau 91.5 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,945,627 atau 94.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Sementara itu, bagi…

Read More

Kes harian tunjuk penurunan

PUTRAJAYA 27 Mac – Kes harian Covid-19 tempatan semalam menunjukkan sedikit penurunan, iaitu sebanyak 20,923 kes positif, berbanding 21,839 kelmarin menjadikan kes kumulatif sebanyak 4,122,004 kes. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 20,695 kes atau 96.2 peratus melibatkan warga negara tempatan, manakala baki 790 kes, atau 3.8 peratus adalah bukan warga negara. Katanya, sebanyak 62.16 peratus atau 13,006 kes yang dilaporkan semalam adalah membabitkan pesakit Covid-19 dalam kategori dua diikuti dengan pesakit kategori satu iaitu 7,802 kes (37.29 peratus) dan kategori lima (45 kes) serta kategori empat…

Read More