Kadar kebolehjangkitan kekal 0.93

PUTRAJAYA 28 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara kekal pada kadar  0.93 sama seperti kelmarin.

Tiga negeri mencatatkan kadar yang lebih tinggi dan satu negeri menyamai kadar kebangsaan itu manakala yang lain merekodkan kadar yang lebih rendah.

Seperti kelmarin, hanya Selangor melepasi kadar 1.00 iaitu 1.09 berbanding 1.08 kelmarin diikuti Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masing-masing dengan kadar 0.95 manakala Melaka kekal pada 0.93.

Sarawak merekodkan 0.92, Pulau Pinang 0.88, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.86, Negeri Sembilan 0.85, dan Johor 0.82 manakala Perlis, Terengganu dan Pahang masing-masing 0.81.

Kedah merekodkan 0.78, Wilayah Persekutuan Labuan 0.75, Kelantan 0.72 dan Sabah 0.64.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment