Kes sembuh atasi jangkitan

JAKARTA 27 Mac – Indonesia terus mencatatkan peningkatan kes sembuh iaitu sebanyak 12,499 mengatasi jumlah kes harian Covid-19 yang direkodkan hari ini sebanyak 3,077 kes.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 5,714,662 orang manakala kes positif pula kini mencecah 5,998,953.

Daripada 12,499 kes sembuh itu, sebanyak 12,436 merupakan kes jangkitan tempatan manakala 63 kes import sementara bagi  kes positif pula, sebanyak 2,974 adalah kes tempatan dan 103 kes import.

Bagi kes kematian pula sebanyak 100 orang meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 154,670.

Bagi kes vaksinasi pula, penerima doa pertama hari ini adalah 170,150 menjadikan

jumlah keseluruhan 195,889,215 orang manakala penerima dos kedua 270,803 dengan jumlah kumulatif 157,840,758.

Sebanyak 313,673 menerima dos ketiga menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 19,963,841.

Sementara itu, kes sembuh tertinggi direkodkan di Yogyakarta sebanyak 4,022 menjadikan jumlah kumulatif 203,021 orang, diikuti Jakarta 1,386  (1,211,714), Jawa Barat 1,361 (1,045,664), Jawa Tengah 577 (572,349) dan Lampung 501 (59,729).

Bagi kes positif tertinggi pula, Jawa Barat merekodkan 686 kes menjadikan jumlah  kumulatifnya 1,095,704, diikuti Jakarta 594 (1,234,791), Jawa Timur 277 (572,277), Jawa Tengah 261 (622,390) dan Banten 253 (287,936).

Related posts

Leave a Comment