66.4 peratus ambil dos penggalak

PUTRAJAYA 28 Mac – Sebanyak 5,692 lagi kanak-kanak seluruh negara mengambil dos pertama vaksin Covid-19 semalam menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kanak-kanak yang mengambil dos vaksin meningkat kepada 1,312,205 atau 37 peratus daripada populasi itu.

Menurut data di laman web COVIDNOW, bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,848,821 individu atau 91.6 peratus melengkapkan vaksinasi dan 2,946,103 atau 94.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Pada masa yang sama, sebanyak 15,632,112 individu atau 66.4 peratus populasi dewasa pula telah menerima dos penggalak dan 22,948,963 atau 97.5 peratus lengkap vaksinasi manakala 23,225,157 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 24,254 dos vaksin telah diberikan semalam melibatkan 6,622 suntikan pertama, 818 suntikan lengkap dan 16,814 suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 68,701,958 dos.

Related posts

Leave a Comment