Kadar kebolehjangkitan turun lagi

PUTRAJAYA 30 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara terus menunjukkan penurunan apabila merekodkan 0.89 berbanding 0.92 kelmarin.

Selangor satu-satunya negeri yang mencatatkan kadar melebihi 1.0 iaitu 1.05 berbanding 1.08 kelmarin diikuti Perak 0.92, Kuala Lumpur 0.91 dan Melaka 0.90.

Sarawak pula mencatatkan kadar Rt 0.88, Negeri Sembilan 0.85, Pulau Pinang 0.83, masing-masing 0.81 di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Pahang dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Johor, Terengganu dan Perlis masing-masing 0.78 manakala Kedah 0.74,  Kelantan 0.69 dan Sabah 0.66.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment