Peningkatan kes harian Covid-19

PUTRAJAYA 30 Mac – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 15,215 kes positif baharu Covid-19 semalam, menunjukkan peningkatan berbanding 13,336/semalam menjadikan jumlah keseluruhan kini mencecah 4,167,418 kes.

Turut dilaporkan sebanyak 24,154 kes sembuh yang menyumbang kepada sejumlah 3,920,643 kes kumulatif atau 94.1 peratus daripada keseluruhan kes jangkitan yang direkodkan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah, berkata 14,965 daripada kes positif baharu dilaporkan semalam adalah penularan tempatan dengan seramai 14,339 adalah warga negara dan 626 warga asing.

Sebanyak 250 pesakit lagi adalah kes import membabitkan 227 rakyat Malaysia dan 23 warga asing

Katanya, seramai 282 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 176 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada 15,215 kes harian yang dilaporkan semalam, seramai 7,446 pesakit atau 48.94 peratus dalam kategori 1; kategori 2 (7,635 kes atau 50.18 peratus); kategori 3 (60 kes atau 0.39 peratus); 26 kes dilaporkan dalam kategori 4 (0.17 peratus); dan kategori 5 sebanyak 48 kes (0.32 peratus).

Daripada 134 kes Covid-19 kategori 3, 4, dan 5 yang dilaporkan semalam, sebanyak 48 kes (35.82 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 50 kes (37.31 peratus) sudah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 36 kes (26.87 peratus) sudah menerima dos penggalak.

Sebanyak 69 kes (51.49 peratus) membabitkan pesakit berusia 60 tahun dan ke atas; 71 kes (52.99 peratus) mempunyai komorbid; dan dua kes (1.49 peratus) kes adalah kes ibu hamil.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata, KKM mengesan dua kluster baharu jangkitan Covid-19 semalam, menjadikan kini sebanyak 6,931 kluster dengan 6,717 kluster sudah ditamatkan manakala 214 masih aktif.

Sementara itu, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes Covid-19 membabitkan Katil Kes Kritikal atau ICU di tiga negeri melebihi 50 peratus semalam, iaitu sebanyak 67 peratus daripada tiga katil di Putrajaya; Selangor (53 peratus daripada 86 katil), dan Kuala Lumpur (50 peratus daripada 30 katil).

Beliau berkata, empat negeri menunjukkan peratusan penggunaan Katil Bukan ICU melebihi 50 peratus iaitu Putrajaya (89 peratus); Selangor (69 peratus); Melaka (54 peratus); dan Kuala Lumpur (53 peratus).

Katanya, bilangan pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan juga menunjukkan penurunan kepada 176 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator 21 peratus.

“Sebanyak 906 kes Covid-19 dimasukkan ke hospital dengan 348 kes (38.4 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 558 kes (61.6 peratus) adalah kategori 1 dan 2,” katanya.

Related posts

Leave a Comment