Thailand catat penurunan kes

BANGKOK 29 Mac – Jumlah kes jangkitan Covid-19 hari ini menunjukkan penurunan dengan merekodkan 21,678 kes baharu berbanding 24,635 yang direkodkan semalam dengan jumlah kematian 78 orang berbanding 81 semalam.

Jumlah itu bagaimanapun tidak termasuk 13,296 kes positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 3,575,398 dan 24,958 meninggal dunia.

Daripada 21,678 kes itu, sebanyak 21,546 kes melibatkan penduduk awam, 68 penghuni penjara dan 64 kes import.

Bangkok merekodkan kes harian tertinggi iaitu 3,611, diikuti 1,089 di Chon Buri,

Nakhon Si Thammarat 880, Samut Prakan 857, Nonthaburi 730, Samut Sakhon 690, Rayong 570, Buri Ram 540 , Song Khla 532 dan  511 di Nakhon Pathom.

Sebanyak 64 kes import pula melibatkan 23 negara termasuk Kemboja, Arab Saudi, Jerman, United Kingdom dan Iran.

Dalam tempoh 24 jam, sebanyak  27,183 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 3,305,286.

Related posts

Leave a Comment