Kadar kebolehjangkitan turun 0.88

PUTRAJAYA 31 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara terus menunjukkan penurunan apabila merekodkan 0.88 berbanding 0.89 kelmarin. Selangor kekal satu-satunya negeri yang mencatatkan kadar melebihi 1.0 iaitu 1.04 berbanding 1.05 kelmarin diikuti Perak 0.91 berbanding 0.92 kelmarin diikuti Melaka dan Sarawak masing-masing 0.88. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan kadar 0.87, Negeri Sembilan 0.82, dan Pulau Pinang 0.80. Pahang dan Wilayah Persekutuan Putrajaya masing-masing merekodkan 0.79, Wilayah Persekutuan Labuan 0.78, Terengganu 0.77, Perlis 0.75 manakala Kedah dan Johor masing-masing 0.74. Dua…

Read More

15,758,492 ambil dos penggalak

PUTRAJAYA 31 Mac – Jumlah individu yang mengambil dos penggalak terus menunjukkan peningkatan apabila 45,480 lagi tampil mendapatkan dos berkenaan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) semalam. Menurut data menerusi laman web COVIDNOW, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan penerima dos penggalak meningkat kepada 15,758,429 atau 67.0 peratus daripada populasi dewasa. Di samping itu sebanyak 855 individu dewasa melengkapkan vaksinasi mereka semalam menjadikan jumlah keseluruhan 22,952,209 manakala 738 lagi mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos menjadikan 23,228,125 penerima. Sebanyak 583 lagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun mendapatkan dos kedua semalam menjadikan jumlah…

Read More

Rapat sejadah tanpa sentuhan fizikal

KUANTAN 31 Mac – Pahang mulai Jumaat ini membenarkan solat berjemaah di masjid dan surau secara merapatkan sejadah tanpa berlaku sentuhan fizikal, dengan kehadiran terbuka kepada semua sama ada divaksin atau belum. Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi memaklumkan, sejadah tersebut hendaklah dibawa sendiri oleh setiap jemaah, dengan saiz minimum 110 sentimeter (sm) panjang dan 70sm lebar. Masjid dan surau dibenarkan melaksanakan solat sunat Tarawih 20 rakaat dengan jumlah jemaah tertakluk kepada keluasan kapasiti masjid atau surau, dan kemampuan kawalan terhadap jemaah…

Read More

745 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 30 Mac – Brunei Darussalam merekodkan 745 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 133,726 kes Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata,, tujuh kes dalam kategori 4 manakala tiada kes dalam kategori 5. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19, di sini beliau berkata, dua kematian dilaporkan tetapi hanya satu dikategorikan sebagai kematian akibat Covid-19. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 93 orang. Daripada jumlah kes baharu ini, sebanyak 658 adalah hasil Ujian ART yang telah dimuatnaikkan ke aplikasi BruHealth, manakala 87…

Read More

40,718 lagi dapatkan dos penggalak

PUTRAJAYA 30 Mac – Sebanyak 40,718 individu tampil mendapatkan dos penggalak menjadikan 15,711,005 individu dewasa atau 66.8 peratus daripada populasi kumpulan itu telah menerima dos penggalak setakat semalam. Berdasarkan laman web COVIDNOW, sejumlah 22,951,201 atau 97.5 peratus daripada populasi dewasa melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,227,197 atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,850,360 individu atau 91.6 peratus daripada kumpulan itu melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,947,122 atau 94.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Sementara itu, sebanyak 4,118 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, tampil mendapatkan dos pertama vaksin…

Read More

352,469 pekerja Indonesia di Malaysia

PUTRAJAYA 30 Mac – Sehingga bulan lalu, seramai 352,469 pekerja warga Indonesia bekerja di Malaysia dengan majoritinya di sektor perladangan, kata Menteri Sumber Manusia,  M Saravanan. Katanya, daripada jumlah itu, 98,421 bekerja di sektor perladangan, diikuti sektor perkilangan 67,217, pembinaan 65,660, pekhidmatan domestik 58,438, pertanian 43,953 dan perkhidmatan 18,779. Memorandum Persefahaman berhubung Penggajian dan Perlindungan Pekhidmat Domestik Indonesia di Malaysia (MoU PDI) ditandatangani untuk kali pertama pada 2006 dan tamat tempoh pada 2011 dan kemudiannya diperbaharui sehingga 2016. Bagaimanapun katanya, selepas tempoh itu, MoU PDI itu tidak dapat diperbaharui berikutan ketiadaan…

Read More