Anthony Loke Setiausaha Agung DAP

SHAH ALAM 20 Mac – Seperti dijangka,  Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook dilantik sebagai Setiausaha Agung DAP yang baharu menggantikan Lim Guan Eng yang tidak lagi layak menyandang jawatan itu. Bagaimanapun Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan dilantik sebagai Pengerusi DAP Kebangsaan menggantikan Tan Kok Wai manakala Lim Kit Siang yang mengumumkan persaraan dari politik dilantik sebagai Mentor Parti. Kok Wai yang juga Ahli Parlimen Cheras dilantik sebagai Penasihat DAP manakala Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming sebagai Ketua Whip DAP di Parlimen. Pelantikan itu dibuat…

Read More

Cerminan generasi ketiga DAP

SHAH ALAM 20 Mac – Setiausaha Agung DAP yang baharu, Anthony Loke akan menyatupadukan seluruh kekuatan parti dengan penglibatan setiap pemimpin DAP sama ada yang berada di dalam atau di luar CEC. Katanya CEC DAP 2022-2025 juga akan membentuk beberapa jawatankuasa dan biro supaya setiap pemimpin yang dipilih dan tidak berportfolio mempunyai peranan khusus dalam parti. “Dalam DAP ada banyak bakat dan kekuatan, sekali gus membawa pendekatan dalam tradisi kita (DAP), sebuah parti inklusif supaya setiap pemimpin sama ada dalam CEC atau tidak, mereka akan bersama mainkan peranan untuk bawa…

Read More

Rapatkan saf di Terengganu mulai 1 April

KUALA TERENGGANU 20 Mac – Mulai 1 April, solat jemaah dibenarkan tanpa penjarakan fizikal sama ada di surau atau masjid, kata Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu, Shaikh Harun Shaikh Ismail. Turut dibenarkan adalah majlis berbuka puasa, moreh, bacaan al-Quran secara berjemaah serta qiamullail. Beliau berkata, kebenaran aktiviti ibadat di masjid dan surau dalam fasa peralihan endemik itu diperkenankan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. “Sultan Mizan juga bersetuju membenarkan semua jemaah lelaki dan wanita, termasuk kanak-kanak berusia tujuh tahun ke atas hadir ke masjid. Semua pelaksanaan…

Read More

Gobind mendahului, Rara Melayu tunggal

SHAH ALAM 20 Mac – Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo mendapat undi tertinggi dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) pada Kongres Kebangsaan Ke-17 parti itu yang berlangsung hari ini. Beliau memperoleh 1,782 undi daripada keseluruhan 4,149 perwakilan yang layak memilih pada pemilihan kali ini. Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pula berada di kedudukan kedua selepas menerima 1,641 undi. Ini diikuti Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook yang juga Setiausaha Organisasi mendapat 1,625 undi, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok 1,373. dan Yeoh Tseow Suan (Hannah) 1.346.…

Read More

Pulau Pinang setuju rapatkan saf

KEPALA BATAS 20 Mac – Pulau Pinang bersetuju mengikut saranan kerajaan Pusat bagi melaksanakan solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal di semua masjid dan surau di negeri ini. Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, tarikh pelaksanaannya belum diputuskan lagi, sama ada dikuatkuasakan pada 1 April atau selewat-lewatnya awal Ramadan. Katanya, jawatankuasa masjid dan surau di negeri ini bersetuju mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan Pusat. “Pada masa sama, kita juga akan berusaha menyelaraskan SOP terbaharu peringkat Persekutuan dengan garis…

Read More

DAP tolak kerjasama pengkhianat

SHAH ALAM 20 Mac – DAP tidak akan bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) berikutan pengkhianatan yang dilakukan sehingga kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang, kata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng. Berucap pada Kongres Kebangsaan DAP Ke-17 di Pusat Konvensyen IDEAL (IDCC) di sini, hari ini, DAP tidak akan membiarkan parti itu ditipu sekali lagi. “Mandat rakyat yang diberi kepada PH dirompak pada awal tahun 2020 oleh Ahli Parlimen yang melakukan pengkhianatan atas tawaran jawatan dan dana kewangan. “Itulah sebab berdasarkan pengkhianatan ini, DAP tidak akan bekerjasama dengan PN yang mengkhianati kita.…

Read More

Kali ini Kit Siang bersara

SELEPAS beberapa kali menyatakan hasrat untuk meninggalkan politik, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, akhirnya memuktamadkan keputusan untuk bersara selepas lebih lima dekad, atau 56 tahun berpolitik. Sebagai membuktikan pendiriannya kali ini, Kit Siang, 81 yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan menarik diri  daripada bertanding Jawatankuasa Tertinggi Parti (CEC). “Saya mengambil peluang ini untuk mengumumkan persaraan saya daripada politik,” katanya ketika berucap pada Kongres Kebangsaan DAP ke-17 di IDCC Shah Alam, hari ini, 20 Mac. Tambahnya lagi : “Saya menarik…

Read More

22,341 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 20 Mac – Malaysia merekodkan sejumlah 22,341 kes baharu Covid-19 semalam, menunjukkan penurunan berbanding 24,241 sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,974,019 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu, 21,817 kes adalah penularan tempatan, manakala 524 membabitkan kes import. Selangor mendahului dengan 7,366 kes diikuti negeri lain melebihi 1,000 kes iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 3,078, Pulau Pinang 1,928, Negeri Sembilan 1,405, Perak 1,403, Kedah 1,353, Johor 1,286, Sarawak 1,177 dan Pahang 1,009. Daripada keseluruhan kes baharu semalam, lebih 99 peratus adalah pesakit dalam…

Read More

Kembar siam, HTA catat sejarah

  KUALA LUMPUR 20 Mac – Hospital Tunku Azizah (HTA), di sini, melakar sejarah apabila pasangan kembar siam pramatang seberat 2.7 kilogram (kg), yang pertama di Malaysia berjaya dipisahkan, semalam. Pakar Perunding Pembedahan Kanak-Kanak HTA, Dr Zakaria Zahari, berkata pembedahan seumpama itu biasanya dilakukan ketika usia bayi antara tiga hingga enam bulan. Bagaimanapun, beliau berkata, disebabkan komplikasi ‘extrauterine twin-to-twin transfusion syndrome’, pasangan itu terpaksa menjalani pembedahan segera pada usia 17 hari. “Bayi kembar lelaki ini dilahirkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada usia 33 minggu kandungan dan dirujuk…

Read More

1,254,236 kanak-kanak divaksin

PUTRAJAYA 20 Mac – Sebanyak 1,254,236 individu atau 35.3 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat semalam. Sebanyak 14,902 kanak-kanak tampil menyempurnakan vaksinasi itu semalam menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids). Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,843,156 atau 91.4 peratus daripada kumpulan itu melengkapkan vaksinasi mereka. Manakala 2,941,807 atau 94.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin apabila 644 lagi tampil semalam mendapatkan suntikan. Sejumlah 15,446,895 individu atau 65.7 peratus populasi dewasa…

Read More