1,254,236 kanak-kanak divaksin

PUTRAJAYA 20 Mac – Sebanyak 1,254,236 individu atau 35.3 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat semalam.

Sebanyak 14,902 kanak-kanak tampil menyempurnakan vaksinasi itu semalam menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,843,156 atau 91.4 peratus daripada kumpulan itu melengkapkan vaksinasi mereka.

Manakala 2,941,807 atau 94.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin apabila 644 lagi tampil semalam mendapatkan suntikan.

Sejumlah 15,446,895 individu atau 65.7 peratus populasi dewasa di dalam negara pula menerima dos penggalak dan seramai 22,941,756 atau 97.5 peratus lengkap vaksinasi, manakala 23,217,449 atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 40,418 dos vaksin diberikan semalam membabitkan 18,273 suntikan pertama, 1,709 suntikan lengkap dan 20,436 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi PICK meningkat kepada 68,418,688 dos.

Related posts

Leave a Comment