Cerminan generasi ketiga DAP

SHAH ALAM 20 Mac – Setiausaha Agung DAP yang baharu, Anthony Loke akan menyatupadukan seluruh kekuatan parti dengan penglibatan setiap pemimpin DAP sama ada yang berada di dalam atau di luar CEC.

Katanya CEC DAP 2022-2025 juga akan membentuk beberapa jawatankuasa dan biro supaya setiap pemimpin yang dipilih dan tidak berportfolio mempunyai peranan khusus dalam parti.

“Dalam DAP ada banyak bakat dan kekuatan, sekali gus membawa pendekatan dalam tradisi kita (DAP), sebuah parti inklusif supaya setiap pemimpin sama ada dalam CEC atau tidak, mereka akan bersama mainkan peranan untuk bawa parti lebih kuat.

Mandat dan kepercayaan yang diberi kepada saya akan saya pastikan bahawa pendekatan kepimpinan yang akan dibawa adalah untuk menyatupadukan kekuatan yang ada dalam parti,” katanya pada sidang media di sini.

Ahli Parlimen Seremban itu memberitahu CEC juga akan membentuk beberapa jawatankuasa dan biro supaya setiap pemimpin yang dipilih dan tidak berportfolio mempunyai peranan khusus dalam parti.

Anthony Loke berkata pemilihan CEC kali ini merupakan cerminan kepada generasi ketiga DAP yang akan terus memacu parti itu.

“Sebagai Setiausaha Agung baharu, saya melihat bahawa keputusan hari ini dan juga kepimpinan yang dilantik hari ini merupakan satu fasa baharu untuk DAP.

“Ini adalah satu era kepimpinan generasi ketiga dalam DAP,”  katanya.

Related posts

Leave a Comment