Gobind mendahului, Rara Melayu tunggal

SHAH ALAM 20 Mac – Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo mendapat undi tertinggi dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) pada Kongres Kebangsaan Ke-17 parti itu yang berlangsung hari ini.

Beliau memperoleh 1,782 undi daripada keseluruhan 4,149 perwakilan yang layak memilih pada pemilihan kali ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pula berada di kedudukan kedua selepas menerima 1,641 undi.

Ini diikuti Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook yang juga Setiausaha Organisasi mendapat 1,625 undi, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok 1,373. dan Yeoh Tseow Suan (Hannah) 1.346.

Ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun 1,341, Ahli Parlimen Bukit Mertajam Sim Chee Keong (Steven)1,340.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berada di kedudukan ke-8 selepas meraih 1,311 undi diikuti Ng Sze Han 1,282, Ng Sue Lim 1,279, Tan Kok Wai 1,263, Ngar Kor Ming 1,262, M.Kulasegaran 1,226, Lim Lip Eng 1,156, Lim Hui Ying1,155.

Chong Chieng Jen, 1,154,Alice Lau Kiong Yieng 1,119, Chan Foong Hin 1,101, Teo Nie Ching 1,071, Liu Tian Khiew (Ronnie) 1,070, Wong Kah Woh 1,069, Liew Chin Tong 1,008.

Tujuh lagi memperoleh kurang 1,000 undi adalah Tan Hong Pin 992, Young Syefura Othman 991, Kasthuriraani a/p Patto 978, Teo Kok Seong 976, Su Keong Siong 953, Wu Him Ven (Vincent), 950, Wong Shu Qi 939 danJannieMLasimbang 877.

Sembilan wanita yang mendapat tempat adalah Teresa Kok, Hannah Yeo, Lim Hui Ying, Alice Lau Kiong Yieng, Teo Nie Ching, Young Syefura Othman, Kasthuriraani Wong Shu Qi dan Jannie Lasimbang.

Daripada 10 muka Melayu yang menawarkan diri, yang terpilih hanyalah Young Syefura Othman.

Beberapa nama Melayu yang tewas termasuk Abdul Aziz Bari, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, Zairil Khir Johari, Syahredzan Johan dan Wan Hamidi Hamid.

Turut tidak tersenarai dalam kelompok 30 orang ini adalah  V. Sivakumar, Ngeh Koo Ham, Tony Pua Kiam Wee, Yeo Bee Yin, Ong Kian Ming dan RSN Rayer.

Related posts

Leave a Comment