Brunei Darussalam cecah 100,000 kes

BERAKAS 9 Mac – Brunei Darussalam merekodkan lapan kematian hari ini, tiga daripadanya disebabkan jangkitan Covid-19, manakala lima lagi tiada kaitan menjadikan jumlah keseluruhan 75 orang meninggal dunia. Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar berkata, terdapat 11 kes kategori 4 iaitu memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi dan tujuh kes Kategori 5, memerlukan bantuan mesin pernafasan dan dirawat di Unit Rawatan Intensif. Katanya, terdapat 3,155 kes baharu Covid-19 hari ini berbanding 3,984 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 100,173 Bercakap pada sidang media Situasi Terkini…

Read More

69 kematian 22,073 kes baharu

BANGKOK 9 Mac – Sebanyak 69 kematian akibat jangkitan Covid-19 direkodkan hari ini, sama seperti semalam manakala 22,073 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam berbanding 18,943 semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 23,438 kematian dan 3,088,873 kes positif Covid-19. Jumlah kes harian itu tidak termasuk 31,890 keputusan positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam yang jika digabungkan membawa kepada 53,963 kes. Kes kematian melibatkan individu berusia antara 17 dan 95 tahun di mana Bangkok merekodkan 15 kematian di samping Samut Sakhon (3), Samut Prakan (2) dan Nakhon…

Read More

17,051 kes baharu Singapura

SINGAPURA 9 Mac – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 17,051 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini, iaitu menunjukkan penurunan berbanding 22,201 yang direkodkan pada Selasa. Daripada jumlah itu, sebanyak 16,858 adalah jangkitan tempatan dan 193 kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 885,593 kes. Sebanyak 11 lagi meninggal dunia yang menjadikan jumlah keseluruhan 1,110 kematian manakala jumlah pesakit yang dimasukkan ke hospital naik kepada 1,513 hari ini  berbanding 1,499 semalam. MoH memaklumkan, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 14,695 adalah kes  Protokol 2 iaitu pesakit yang…

Read More

12 wanita bakal anggotai CEC DAP

KUALA LUMPUR 9 Mac – Buat julung kalinya, sembilan kerusi atau 30 peratus kuota bagi Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) 2022-2025 pada pemilihan 20 Mac ini akan diperuntukkan kepada wanita. Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook, berkata ia selaras dengan pindaan baharu perlembagaan parti yang juga menambah bilangan anggota CEC kepada 30 berbanding 20 sebelum ini. Bercakap pada sidang media di sini hari ini, beliau memberitahu pemilihan pada Kongres Kebangsaan Parti Ke-17 itu akan berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam. Katanya, sebanyak 4,149 perwakilan dijangka hadir…

Read More

Thailand sasar 1 Julai isytihar endemik

BANGKOK 9 Mac – Thailand berharap dapat mengisytiharkan Covid-19 sebagai endemik pada 1 Julai ini berdasarkan jangkaan jumlah kes koronavirus baharu dan kematian akan menurun dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul berkata Jawatankuasa Penyakit Berjangkit Kebangsaan bercadang mengisytiharkan endemik, seperti di negara Eropah, untuk memudahkan pelancongan dan pemulihan ekonomi. Bagi tujuan itu, dalam tempoh empat bulan ini, Thailand perlu berusaha membendung jangkitan baharu dan kematian, dan menggunakan sumber yang mencukupi untuk rawatan, termasuk ubat-ubatan. Di samping itu, orang awam juga pada masa yang sama perlu…

Read More

Kluster Citrawarna catat 21 kes

KUCHING 9 Mac –  Sarawak mencatatkan satu lagi kluster Covid-19, melibatkan Program Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 dengan 21 individu didapati positif termasuk kes indeks. Kluster komuniti ini melibatkan kes-kes yang terlibat secara langsung dengan program berkenaan yang berlangsung selama empat hari bermula 24 Februari  di Tebingan Sungai Kuching, dengan anggaran pengunjung seramai 50,000 orang. Laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) mendedahkan seramai 59 individu telah disaring dan selebihnya 32 individu negatif sementara enam masih menunggu keputusan Kes indeks (Kes Ke-259147) bagi kluster ini merupakan seorang lelaki berusia 45 tahun,…

Read More

Endemik: Jadi benteng bukan penyebar

FASA ‘Peralihan ke Endemik’ mulai 1 April 2022. Apa ceritanya? Mudah sahaja. Banyak kelonggaran sudah diberi, begitu juga prosedur operasi standard (SOP) yang ‘mengikat’ kita selama dua tahun dimansuhkan satu persatu. Lebih mudah untuk difahami, di restoran mamak anda boleh lepak dan makan 24 jam ; di masjid dan surau, sebelum solat imam dah boleh kata lurus dan rapatkan saf; boleh kenduri kahwin sakan hingga penuh satu dewan. Fasa peralihan ini juga memberi kebebasan untuk bergerak sana ke sini ke sana ke sini bukan setakat negeri tetapi sehingga merentas sempadan.…

Read More

3 bilion menanti suntikan pertama

NEW YORK: Pandemik Covid-19 belum berakhir dan mungkin berlarutan lagi berikutan pengagihan vaksin yang ‘tidak sama rata’, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres hari ini. Dalam satu kenyataan memperingati ulang tahun kedua kesihatan global beliau berkata, sehingga kini 446 juta kes dengan enam juta kematian dilaporkan. “Ia adalah satu angka kematian yang paling tragis yang menjejaskan kesihatan ramai selain jumlah yang tidak terkira mereka yang bergelut dengan kesihatan mental yang semakin teruk,” katanya. Bagaimanapun, PBB berterima kasih di atas langkah kesihatan awam yang tidak pernah berlaku sebelum…

Read More

Satu SOP sembilan garis panduan

KUALA LUMPUR 9 Mac – Kerajaan menetapkan satu prosedur operasi standard (SOP) dan sembilan garis panduan yang perlu dipatuhi dan sebagai panduan kepada rakyat ketika negara memasuki fasa ‘Peralihan Ke Endemik’  1 April ini. Pengerusi Menteri Kuartet Covid-19,Hishammuddin Hussein berkata, SOP dan garis panduan itu adalah salah satu daripada tujuh tonggak yang paling penting dalam usaha negara menuju kehidupan yang hampir normal. Pada asasnya, SOP Fasa Peralihan Endemik itu sudah dipermudahkan daripada 181 SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang digunakan sebelum ini. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata walaupun…

Read More

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-258

KUALA LUMPUR 9 Mac – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-258 di Istana Negara, hari ini selepas kali terakhir diadakan pada 24 dan 25 November 2021 yang dipengerusikan oleh Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah. Sebelum mempengerusikan mesyuarat yang bermula pukul  11 pagi itu, Sultan Mizan berkenan memberi tabik hormat ke atas Kawalan Kehormatan Utama (KKU) yang dibarisi Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja di Dataran Utama. Sultan Mizan turut berkenan menanam pokok Ceri Terengganu (Lepisanthes alata) di pekarangan Istana Negara sebagai…

Read More