69 kematian 22,073 kes baharu

BANGKOK 9 Mac – Sebanyak 69 kematian akibat jangkitan Covid-19 direkodkan hari ini, sama seperti semalam manakala 22,073 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam berbanding 18,943 semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 23,438 kematian dan 3,088,873 kes positif Covid-19.

Jumlah kes harian itu tidak termasuk 31,890 keputusan positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam yang jika digabungkan membawa kepada 53,963 kes.

Kes kematian melibatkan individu berusia antara 17 dan 95 tahun di mana Bangkok merekodkan 15 kematian di samping Samut Sakhon (3), Samut Prakan (2) dan Nakhon Pathom (1).

Turut merekodkan kematian adalah Chon Buri (5), Prachuap Khiri Khan (3), Lop Buri (3), Kanchanaburi (2), Trat (2) dan masing-masing satu kes di Chachoengsao, Prachin Buri, Samut Songkhram, Ayutthaya, Sa Kaeo, Sing Buri dan Suphan Buri.

Wilayah Utara merekodkan lima kes, Selatan 17 dan Utara 4. Bangkok juga merekodkan kes harian tertinggi iaitu 3,152, diikuti Chon Buri 976,

Samut Prakan 964, Nonthaburi 911, Nakhon Si Thammarat 888, Samut Sakhon 735 Ayutthaya 619, Phuket 545, Buri Ram 452 dan Chachoengsao 436.

Kes import pula adalah dari 24 negara termasuk Kemboja (21), Jerman 14, Myanmar 12, United Kingdom 9, dan lima masing-masing dari Indonesia dan Perancis.

Semalam, sebanyak 221,585 orang mendapatkan rawatan di hospital termasuk 1,200 kes kritikal dan 404 bergantung kepada bantuan ventilator.

Dalam tempoh 24 jam juga, 24,747 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 2,843,850 pulih.

Related posts

Leave a Comment