Brunei catat 3,984 kes baharu

  BERAKAS 8 Mac – Brunei Darussalam merekodkan 3,984 kes baharu Covid-19 hari ini, turun sedikit berbanding 4,185 kes yang dilaporkan semalam. Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar berkata, dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 97,018. Bercakap pada sidang media Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di sini hari ini, beliau berkata, terdapat enam kes dalam kategori 4 iaitu memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Enam kes lagi  dalam Kategori 5,  memerlukan bantuan mesin pernafasan dan sedang dirawat di Unit Rawatan Intensif. Beliau berkata, sebanyak 3,152 kes…

Read More

30,148 kes baharu Indonesia

JAKARTA 8 Mac – Sebanyak 30,148 kes baharu Covid-19 direkodkan yang melibatkan 29,589 kes tempatan dan 559 kes Pelaku Perjalanan Luar Negeri (PPLN) yang membawa kepada jumlah keseluruhan 5,800,253 kes. Angka kesembuhan pula sebanyak 55,128 melibatkan 54,875 jangkitan tempatan dan 253 PPLN  yang membawa kepada jumlah keseluruhan 5,226,530. Jumlah kes aktif pula sebanyak 25,381 yang jumlah kumulatifnya 422,892 Kes kematian pula bertambah 401 yang terdiri 400 kes tempatan dan satu PPLN dengan kumulatifnya mencapai 150,831. Jawa Tengah merekodkan 136 kematian, Jawa Timur 58, Sumatera Utara 27, DKI Jakarta 26, dan…

Read More

22,201 kes harian di Singapura

SINGAPURA 8 Mac – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 22,201 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini , menunjukkan peningkatan berbanding 13,520 kes yang direkodkan semalam. Daripada jumlah itu, 21,986 adalah jangkitan tempatan dan 215 kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 868,542 manakala 15 kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,099. MoH memaklumkan, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 19,451 adalah kes Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Kes Protokol 2 ini melibatkan…

Read More

Kes harian Thailand turun

BANGKOK 7 Mac – Kes jangkitan harian di Thailand hari ini turun lagi kepada 18,943 berbanding 21,162 semalam manakala jumlah kematian pula meningkat sedikit daripada 65 kepada 69 orang. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 3,066,800 orang dengan jumlah kematian 23,369. Jumlah kes itu tidak termasuk 19,622 kes positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada 38,565. Sebanyak 18,843 kes dalam kalangan penduduk awam, 34 penghuni penjara dan 66 lagi kes import. Kes kematian melibatkan mereka yang berumur antara 16 dan 94…

Read More

Rapatkan saf solat di masjid,surau

KUALA LUMPUR 8 Mac – Rapatkan saf mulai 1 April ini. Tiada lagi penjarakan fizikal aktiviti solat jemaah di masjid dan surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam mulai tarikh itu. Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan demikian berkata, keputusan itu dibuat susulan pengumuman bahawa Malaysia akan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik bermula bulan hadapan. Katanya, penjarakan fizikal merupakan isu besar yang sering diperkatakan rakyat terutamanya membabitkan ‘rapatkan saf’ ketika solat jemaah dan dalam hal ini Kerajaan Persekutuan mencadangkan pemansuhan penjarakan itu. “Jadi imam selepas ini boleh…

Read More

Malaysia buka sempadan mulai 1 April

KUALA LUMPUR 8 Mac – Selepas lebih dua tahun sempadan negara ditutup bagi mengekang penularan Covid-19, kerajaan hari ini mengumumkan pembukaan semula sepenuhnya sempadan mulai 1 April ini. Ini bermakna mulai tarikh itu, Malaysia menjadi destinasi terbuka dan boleh dikunjungi semua. Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan demikian pada sidang media di Parlimen petang ini berkata, keputusan itu, selaras dengan pengumuman peralihan negara ke fasa endemik pada bulan depan. “Keputusan ini dibuat bersandarkan kepada tiga perkara asas iaitu pertama, ia berpandukan sains dan fakta terkini berkaitan Covid-19; kedua, membandingkan…

Read More

Fasa peralihan ke endimik 1 April

KUALA LUMPUR 8 Mac – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Malaysia akan memasuki fasa ‘peralihan ke endemik’ bermula 1 April 2022 selepas rakyat bergelut dengan pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu. Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk penilaian risiko, mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) serta selepas meneliti syor daripada menteri kuartet. Tegasnya, peralihan fasa tersebut merupakan ‘exit strategy’ bagi membolehkan rakyat Malaysia kembali ke kehidupan hampir normal. Bermula 1 April 2022 dalam fasa peralihan ke endemik, pemakaian pelitup muka di tempat awam masih wajib dipatuhi…

Read More

38 ahli Parlimen lompat parti

KUALA LUMPUR 8 Mac – Dewan Rakyat hari ini diberitahu, seramai 38 Ahli Parlimen bertukar parti, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 2018, sehingga Februari tahun ini. Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata perbincangan sedang giat dibuat untuk menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti. Katanya, RUU ini akan dibentangkan di Parlimen setelah perkara dasar dan definisi lompat parti dimuktamadkan. “Ini kerana terdapat perbezaan pandangan berhubung definisi lompat parti daripada setiap parti politik yang perlu diselesaikan sebelum RUU ini boleh dibentangkan,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Wong Ling…

Read More

Simbol parti hitam putih kekal

KUALA LUMPUR 8 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bercadang mencetak simbol parti berwarna pada kertas undi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 akan datang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata SPR berpendapat kaedah cetakan tanpa warna pada kertas undi ketika ini adalah yang terbaik bagi pelaksanaan pilihan raya di negara ini. Beliau memberitahu demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan M Kulasegaran (PH-Ipoh Barat) di Dewan Rakyat. Sebelum ini Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, pernah mencadangkan SPR untuk mencetak kertas undi…

Read More

Banjir KL : RM29.13 juta baiki kerosakan

KUALA LUMPUR 8 Mac – Kerajaan telah memperuntukkan RM29.13 juta bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan infrastruktur awam yang rosak akibat bencana yang melanda Lembah Klang, kata Menteri Kanan Kerja Raya, Fadillah Yusof. Beliau berkata pembaikan ini membabitkan kerja-kerja penyenggaraan berkala pavemen dan berkala bukan pavemen, penyenggaraan jambatan serta penyenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat yang rosak akibat banjir. Kelulusan peruntukan RM 29.13 juta itu membabitkan 50 kerja penyenggaraan dan sebanyak lima kerja sudah disiapkan iaitu empat kerja penyenggaraan berkala pavemen dan satu kerja penyenggaraan jambatan. Sementara, baki 45 bilangan kerja penyenggaraan…

Read More