JAKARTA 8 Mac – Sebanyak 30,148 kes baharu Covid-19 direkodkan yang melibatkan 29,589 kes tempatan dan 559 kes Pelaku Perjalanan Luar Negeri (PPLN) yang membawa kepada jumlah keseluruhan 5,800,253 kes.
Angka kesembuhan pula sebanyak 55,128 melibatkan 54,875 jangkitan tempatan dan 253 PPLN yang membawa kepada jumlah keseluruhan 5,226,530.
Jumlah kes aktif pula sebanyak 25,381 yang jumlah kumulatifnya 422,892
Kes kematian pula bertambah 401 yang terdiri 400 kes tempatan dan satu PPLN dengan kumulatifnya mencapai 150,831.
Jawa Tengah merekodkan 136 kematian, Jawa Timur 58, Sumatera Utara 27, DKI Jakarta 26, dan Jawa Barat 23.
Bagi kes sembuh pula, Jawa Barat menambah 7,194, diikuti DKI Jakarta 3,569, Jawa Timur 2,761, Jawa Tengah 2,682, DI Yogyakarta menambah 1,916.
Sementara lima wilayah yang merekodkan kes positif adalah Jawa Barat 7,194, DKI Jakarta 3,569, Jawa Timur 2,769, Jawa Tengah 2,682, DI Yogyakarta menambahkan 1,916.
Manakala terdapat lima provinsi dengankes aktif tertinggi iaitu Jawa Barat sebanyak 119,864, Jawa Tengah 26,652, DI Yogyakarta 35,057, DKI Jakarta 28,054 dan Banten 24,872.
Bagi program vaksinasi pula, penerima dos pertama bertambah 194,941 dengan jumlah keseluruhan 192,263,704 orang, penerima vaksinasi ke-2 bertambah 566,367, penerima dos ke-3 bertambah 360,196 dengan jumlahnya 12,847,312.
Sasaran vaksinasi adalah 208,265,720.
