22,201 kes harian di Singapura

SINGAPURA 8 Mac – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 22,201 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini , menunjukkan peningkatan berbanding 13,520 kes yang direkodkan semalam.

Daripada jumlah itu, 21,986 adalah jangkitan tempatan dan 215 kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 868,542 manakala 15 kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,099.

MoH memaklumkan, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 19,451 adalah kes Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Kes Protokol 2 ini melibatkan 157 kes import dan 19,294 jangkitan tempatan.

Sebanyak 2,750 kes lagi disahkan menerusi ujian PCR iaitu 2,692 adalah jangkitan tempatan manakala 58 adalah kes import.

Sementara itu, seramai 1,499 pesakit masih dirawat di hospital, meningkat berbanding 1,477 semalam di mana 190 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: dan 49 dipantau rapi di ICU.

Seramai 16,667 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital manakala 1,477 pesakit masih dirawat di hospital, di mana 198 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan 54 dipantau rapi di ICU.

Mengenai program vaksinasi, setakat semalam, sebanyak 95 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment