Brunei catat 3,984 kes baharu

 

BERAKAS 8 Mac – Brunei Darussalam merekodkan 3,984 kes baharu Covid-19 hari ini, turun sedikit berbanding 4,185 kes yang dilaporkan semalam.

Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar berkata, dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 97,018.

Bercakap pada sidang media Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di sini hari ini, beliau berkata, terdapat enam kes dalam kategori 4 iaitu memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Enam kes lagi  dalam Kategori 5,  memerlukan bantuan mesin pernafasan dan sedang dirawat di Unit Rawatan Intensif.

Beliau berkata, sebanyak 3,152 kes adalah hasil pengesanan daripada ujian ART yang dimuat naik ke aplikasi BruHealth dan 832 adalah hasil daripada 3,404 ujian makmal RT-PCR.

Katanya, sebanyak 39,894 kes positif sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Sementara itu, sebanyak 3,296 kes sembuh dilaporkan hari ini yang membawa kepada jumlah kes pulih 56,642 manakala jumlah kes aktif adalah sebanyak 40,225.

Pada masa ini kata Dr Isham , kadar pengisian di Pusat-pusat Pengasingan di seluruh negara atau ‘bed occupancy rate’ adalah sebanyak 9.1 peratus  dengan 331 kes aktif sedang menjalani rawatan di pusat-pusat pengasingan.

Mengenai pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan, sehingga 7 Mac, sebanyak 57.0 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara ini menerima tiga dos vaksin, manakala kadar satu dan dua dos masing-masing melebihi 94 peratus.

 

Related posts

Leave a Comment