Kes harian Thailand turun

BANGKOK 7 Mac – Kes jangkitan harian di Thailand hari ini turun lagi kepada 18,943 berbanding 21,162 semalam manakala jumlah kematian pula meningkat sedikit daripada 65 kepada 69 orang.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 3,066,800 orang dengan jumlah kematian 23,369.

Jumlah kes itu tidak termasuk 19,622 kes positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada 38,565.

Sebanyak 18,843 kes dalam kalangan penduduk awam, 34 penghuni penjara dan 66 lagi kes import.

Kes kematian melibatkan mereka yang berumur antara 16 dan 94 tahun di mana Bangkok merekodkan enam kematian di samping 12 kes di Chon Buri, Rayong (2) dan masing-masing satu di Kanchanaburi, Prachin Buri, Saraburi dan Sing Buri.

Timur Laut merekodkan 11 kematian, Selatan (21) dan di Utara (3).

Bangkok merekodkan 2,939 kes diikuti Chon Buri 1,003, Nakhon Si Thammarat 833,

Samut Prakan 769, Nonthaburi 701, Samut Sakhon 587, Phuket 563, Nakhon Ratchasima 555, Ayutthaya 528 dan Buri Ram 446.

Sebanyak 66 kes import adalah dari 28 negara termasuk 12 dari Indonesia, Rusia (9), United Kingdom (6) dan tiga masing-masing dari Norway, Kemboja , Kazakhstan dan Australia.

Semalam, Isnin sebanyak 224,328 orang menerima rawatan di hospital termasuk 1,189 kes kritikal dan 400 bergantung kepada ventilator.

Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 25,005 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 2,819,103.

Related posts

Leave a Comment