Tiada lagi laporan kes harian Saudi

MULAI hari ini, Kementerian Kesihatan Arab Saudi tidak lagi melaporkan kes harian Covid-19 seperti sebelum ini. Dalam catatan Facebook kementerian itu, antara lain hanya menyatakan imuniti anda meningkat.Terima kasih atas kesedaran dan komitmen anda. Mulai hari ini, laporan harian kes Corona akan berhenti. Laman itu sebaliknya menyertakan jumlah vaksinasi manakala grafik kes semalam adalah yang terakhir. Semalam, Arab Saudi merekodkan 317 kes harian dengan dua kematian. Setakat semalam jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 747,436 manakala jumlah kumulatif kematian 9,008 orang. Kementerian juga memaklumkan 668 orang dilaporkan sembuh dalam tempoh 24…

Read More

13,520 kes baharu Singapura

SINGAPURA 7 Mac – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 13,520 kes baharu Covid-19, setakat pukul 12 tengah hari ini, meningkat sedikit berbanding 13,158 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 846,341. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 13,371 adalah jangkitan tempatan dan 149 kes import sementara enam kematian lagi direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,084 orang meninggal dunia. Daripada jumlah kes baharu itu, 10,942 adalah kes Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Kes Protokol 2 ini melibatkan 87…

Read More

Penceramah PRN boleh buka pelitup

JOHOR BAHRU 7 Mac – Penceramah yang berkempen ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hanya dibenarkan membuka pelitup muka ketika menyampaikan ceramah. Menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), penceramah hendaklah terus memakai semula pelitup muka tanpa kelengahan selepas tamat menyampaikan ceramah. Sementara semua yang hadir ke program ceramah, syarahan atau kempen hendaklah sentiasa memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter antara individu hendaklah sentiasa dikekalkan. Menurut SPR, pindaan terkini itu dilakukan berdasarkan cadangan dan tambahan daripada Kementerian Kesihatan serta Majlis Keselamatan Negara (MKN). Pindaan dan…

Read More

Banjir kilat di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR 7 Mac – Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Lembah Klang, berikutan hujan berterusan sejak pukul 3 petang tadi. Kawasan yang dilaporkan dinaiki air adalah Balai Polis Dang Wangi membabitkan Jalan Sultan Ismail/Jalan Ampang, Jalan Leboh Ampang, Jalan Raja Laut dan Jalan Kia Peng/Jalan Raja Chulan. Info Trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi ciapan di laman Twitter memaklumkan banjir kilat turut melanda enam kawasan iaitu Terowong Tabung Haji, Terowong Chan Sow Lin, Jalan Pudu, Jalan Sri Permaisuri, Jalan Tun Razak dan Jalan Pahang. Lokasi lain turut dilanda…

Read More

Rakyat Sabah disaran dapat penggalak

TAWAU 7 Mac – Rakyat Sabah perlu mendapatkan vaksinasi Covid-19 dos penggalak sebelum sempadan negara dibuka kerana kemungkinan terdedah kepada Covid-19 dengan kemasukan rakyat Filipina dan Indonesia. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, berkata kebimbangan itu berdasarkan status vaksinasi di kawasan berdekatan sempadan Sabah di kedua-dua negara terbabit yang masih agak rendah. Katanya, walaupun kerajaan akan menetapkan prosedur yang ketat untuk masuk, tetapi ia masih dianggap berisiko kerana mereka yang datang tidak diketahui status vaksinasi mereka. Khairy berkata, Kementerian Kesihatan sudah menjalankan pelbagai kaedah bagi menggalakkan rakyat di negeri ini mendapatkan dos…

Read More

Fasa endemik Thailand dijangka Julai

BANGKOK 7 Mac – Sepanjang bulan lalu (1 hingga 27 Februari) seramai 193,033 pelancong memasuki Thailand dengan majoritinya atau 128,116 pelawat memasuki melalui ‘uji dan pergi’ atau skim pengecualian kuarantin. Sebanyak 56,218 masuk melalui skim Sandbox, dan 8,699 masuk dengan kuarantin alternatif – bermakna orang yang tidak divaksinasi atau tidak divaksinasi sepenuhnya. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), majoriti pelawat adalah dari 10 negara teratas ini (pada 1-24 Januari 2022) iaitu, Rusia, Jerman, United Kingdom, Perancis, Singapura, Amerika Syarikat, Emiriyah Arab Bersatu, Australia dan Israel. Menurut CCSA, jangkitan dan kluster…

Read More

Empat kematian, 4,185 kes baharu

BERAKAS 7 Mac – Empat lagi dilaporkan meninggal dunia hari ini, dua daripadanya disahkan akibat Covid-19, satu kes tiada kaitan manakala satu kes lagi masih dalam siasatan sama ada disebabkan Covid-19 atau sebaliknya. Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar berkata, dengan perkembangan ini, jumlah kematian setakat ini adalah 72 orang. Bercakap pada sidang media Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di sini hari ini, beliau berkata, terdapat lapan kes dalam kategori 4 iaitu memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Enam kes lagi  dalam Kategori 5,  memerlukan bantuan mesin pernafasan dan…

Read More

63.6 juta penduduk Filipina divaksin

MANILA 7 Mac – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 63.6 juta orang atau 70.76 peratus penduduk negara itu telah divaksinasi manakala 10.5 juta lagi mendapatkan dos penggalak. Menurut DoH, pada masa yang sama sebanyak 6.4 juta warga emas atau 74.22 peratus daripada penduduk A2 telah menerima vaksinasi mereka. Dalam kenyataannya, DoH memaklumkan terdapat 1,055 pesakit kritikal dimasukkan ke hospital kerana Covid-19 di mana daripada 3,138 katil ICU, sebanyak 807 (25.7%) diduduki manakala 18.4% daripada 24,678 katil bukan ICU sedang digunakan. Sementara itu, sejak 1 Mac hingga 7 Mac, sebanyak 6,297…

Read More

59 kematian, 21,162 kes di Thailand

BANGKOK 7 Mac – Kes jangkitan harian hari ini turun kepada 21,162 berbanding 22,818 semalam tetapi jumlah kematian pula meningkat daripada 59 kepada 65 orang, demikian lapor Kementerian Kesihatan Awam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 3,047,857 dengan jumlah kematian pula 23,300 orang. Terdapat 20,986 kes dalam kalangan penduduk awam, 74 penghuni penjara dan 102 kes import. Bagaimanapun jumlah kes harian itu tidak termasuk 24,236 kes positif hasil ujian ART dan jika digabungkan semuanya boleh mencecah 45,398. Kes kematian melibatkan individu berusia antara 13 dan 96 tahun dan Bangkok…

Read More