63.6 juta penduduk Filipina divaksin

MANILA 7 Mac – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 63.6 juta orang atau 70.76 peratus penduduk negara itu telah divaksinasi manakala 10.5 juta lagi mendapatkan dos penggalak.

Menurut DoH, pada masa yang sama sebanyak 6.4 juta warga emas atau 74.22 peratus daripada penduduk A2 telah menerima vaksinasi mereka.

Dalam kenyataannya, DoH memaklumkan terdapat 1,055 pesakit kritikal dimasukkan ke hospital kerana Covid-19 di mana daripada 3,138 katil ICU, sebanyak 807 (25.7%) diduduki manakala 18.4% daripada 24,678 katil bukan ICU sedang digunakan.

Sementara itu, sejak 1 Mac hingga 7 Mac, sebanyak 6,297 kes baharu telah didaftarkan di negara ini dengan purata kes baharu setiap hari minggu ini ialah 899, kurang 30% berbanding kes pada 22 hingga 28 Februari.

Daripada kes baharu, 3 atau 0.05% daripada kes  pada masa ini menghidap penyakit teruk dan kritikal sementara sebanyak 615 lagi direkodkan meninggal dunia.

Related posts

Leave a Comment