Tiada lagi laporan kes harian Saudi

MULAI hari ini, Kementerian Kesihatan Arab Saudi tidak lagi melaporkan kes harian Covid-19 seperti sebelum ini.

Dalam catatan Facebook kementerian itu, antara lain hanya menyatakan imuniti anda meningkat.Terima kasih atas kesedaran dan komitmen anda.

Mulai hari ini, laporan harian kes Corona akan berhenti.

Laman itu sebaliknya menyertakan jumlah vaksinasi manakala grafik kes semalam adalah yang terakhir.

Semalam, Arab Saudi merekodkan 317 kes harian dengan dua kematian.

Setakat semalam jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 747,436 manakala jumlah kumulatif kematian 9,008 orang.

Kementerian juga memaklumkan 668 orang dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah pesakit pulih meningkat kepada 727,544 orang.

Related posts

Leave a Comment