Empat kematian, 4,185 kes baharu

BERAKAS 7 Mac – Empat lagi dilaporkan meninggal dunia hari ini, dua daripadanya disahkan akibat Covid-19, satu kes tiada kaitan manakala satu kes lagi masih dalam siasatan sama ada disebabkan Covid-19 atau sebaliknya.

Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar berkata, dengan perkembangan ini, jumlah kematian setakat ini adalah 72 orang.

Bercakap pada sidang media Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di sini hari ini, beliau berkata, terdapat lapan kes dalam kategori 4 iaitu memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Enam kes lagi  dalam Kategori 5,  memerlukan bantuan mesin pernafasan dan sedang dirawat di Unit Rawatan Intensif.

Beliau berkata, terdapat 4,185 kes baharu direkodkan, di mana 3,639 adalah hasil pengesanan daripada ujian ART yang dimuat naik ke aplikasi BruHealth dan 546

adalah hasil daripada 2,536 ujian makmal RT-PCR.

Jumlah keseluruhan kes ini meningkat kepada 93,034 di mana 39,204 kes positif sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Sementara itu, sebanyak 3,234 kes sembuh dilaporkan hari ini yang membawa kepada jumlah kes pulih 53,346 manakala jumlah kes aktif adalah sebanyak 39,541

Pada masa ini kata Dr Isham , kadar pengisian di Pusat-pusat Pengasingan di seluruh negara atau ‘bed occupancy rate’ adalah sebanyak 9.1 peratus  dengan 337 kes aktif sedang menjalani rawatan di pusat pengasingan.

Beliau juga memaklumkan daripada 671 sampel yang diuji bagi “gene sequencing” bagi tempoh 7 Februari hingga 5 Mac, sebanyak 631 adalah varian Omicron dan 40 adalah varian Delta.

Daripada 631 varian Omicron itu, 494 adalah kes tempatan dan 137 kes import.

Mengenai pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan, sehingga 6 Mac, sebanyak 56.7 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara ini menerima tiga dos vaksin, manakala kadar satu dan dua dos masing-masing melebihi 94 peratus.

 

Related posts

Leave a Comment