59 kematian, 21,162 kes di Thailand

BANGKOK 7 Mac – Kes jangkitan harian hari ini turun kepada 21,162 berbanding 22,818 semalam tetapi jumlah kematian pula meningkat daripada 59 kepada 65 orang, demikian lapor Kementerian Kesihatan Awam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 3,047,857 dengan jumlah kematian pula 23,300 orang.

Terdapat 20,986 kes dalam kalangan penduduk awam, 74 penghuni penjara dan 102 kes import.

Bagaimanapun jumlah kes harian itu tidak termasuk 24,236 kes positif hasil ujian ART dan jika digabungkan semuanya boleh mencecah 45,398.

Kes kematian melibatkan individu berusia antara 13 dan 96 tahun dan Bangkok mendahului dengan tujuh kes serta  di Selatan 17, Timur Laut 12, dan Utara 6

Bangkok merekodkan kes tertinggi iaitu 2,803, diikuti Nakhon Si Thammarat 1,042, Samut Prakan 872, Chon Buri 784, Nonthaburi 723,  Samut Sakhon 659, Nakhon Ratchasima 614, Phuket 592, Nakhon Pathom 589 dan Ayutthaya 567.

Pada Ahad, sebanyak 230,459 orang mendapatkan rawatan termasuk 1,148 yang kritikal dan 375 bergantung kepada bantuan ventilator.

Sementara itu 23,169 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan 2,794,098.

Related posts

Leave a Comment