13,520 kes baharu Singapura

SINGAPURA 7 Mac – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 13,520 kes baharu Covid-19, setakat pukul 12 tengah hari ini, meningkat sedikit berbanding 13,158 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 846,341.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 13,371 adalah jangkitan tempatan dan 149 kes import sementara enam kematian lagi direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,084 orang meninggal dunia.

Daripada jumlah kes baharu itu, 10,942 adalah kes Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Kes Protokol 2 ini melibatkan 87 kes import dan 10,855 jangkitan tempatan.

Sebanyak 2,578 kes lagi disahkan menerusi ujian PCR iaitu 2,516 adalah jangkitan tempatan manakala 62 adalah kes import.

Sementara itu, seramai 1,477 pesakit masih dirawat di hospital, meningkat berbanding 1,437 semalam (6 Mac) di mana 198 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan 54 dipantau rapi di ICU.

Seramai 18,174 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Mengenai program vaksinasi, setakat semalam, sebanyak 95 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment