Banjir kilat di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR 7 Mac – Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Lembah Klang, berikutan hujan berterusan sejak pukul 3 petang tadi.

Kawasan yang dilaporkan dinaiki air adalah Balai Polis Dang Wangi membabitkan Jalan Sultan Ismail/Jalan Ampang, Jalan Leboh Ampang, Jalan Raja Laut dan Jalan Kia Peng/Jalan Raja Chulan.

Info Trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi ciapan di laman Twitter memaklumkan banjir kilat turut melanda enam kawasan iaitu Terowong Tabung Haji, Terowong Chan Sow Lin, Jalan Pudu, Jalan Sri Permaisuri, Jalan Tun Razak dan Jalan Pahang.

Lokasi lain turut dilanda banjir kilat ialah dari arah Bulatan Kampung Pandan menghala ke Jalan Sultan Ismail, jalan boleh dilalui tetapi pergerakan kenderaan perlahan manakala air bertakung bawah terowong Jalan Tun Razak, menyebabkan kenderaan bergerak perlahan

Menurut DBKL lagi, air bertakung di bawah terowong Bulatan Cheras menghala ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di kedua dua arah, Jalan Kia Peng, Jalan Raja Chulan dan Jalan Raja Laut belakang bangunan Mara, Jalan di Masjid Al –Syakirin KlCC juga di naiki air

Jalan Genting Klang di lencongkan ke bulatan Pahang, terowong bawah bulatan Pahang di naiki air, bulatan Hishamuddin di tutup, Jalan Kuching susur naik ke Bulatan Segambut, Jalan Parlimen Ke Bulatan Datuk On,

Dalam pada itu, ITIS DBKL turut memaklumkan Terowong SMART ditutup sepenuhnya bagi persediaan operasi banjir.

Sementara itu, banyak jalan ditutup susulan banjir kilat yang melanda kebanyakan kawasan ibu negara mengakibatkan kesesakan terus di jalan-jalan utama.

ITIS DBKL memaklumkan kesesakan berlaku dari Bandar Tasik Selatan ke Desa Tun Razak; dari Ampang ke Ukay Perdana; dari Ukay Perdana ke Ampang bagi pengguna yang menggunakan Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Aliran trafik juga perlahan dari Petronas/Shell TPM ke Tol Sungai Besi membabitkan laluan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban.

Related posts

Leave a Comment