Kes Brunei Darussalam kini 84,844

BERAKAS 5 Mac – Sebanyak 4,095  kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, berbanding 4,215  semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes di Brunei Darussalam meningkat kepada 84,844. Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar berkata, lima kematian dilaporkan hari ini, satu dikaitkan dengan Covid-19, dua tiada kaitan dan satu masih dalam siasatan menjadikan jumlah keseluruhan 69. Katanya, sebanyak 10 kes dalam kategori 4 iaitu memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi manakala lapan kes dalam Kategori 5, iaitu memerlukan bantuan mesin pernafasan dan sedang dirawat di Unit Rawatan Intensif. Bercakap pada sidang…

Read More

Kes di Arab Saudi turun lagi

RIYADH 5 Mac – Arab Saudi terus merekodkan penurunan kes harian Covid-19 apabila angka jangkitan jatuh kepada 283 kes dalam tempoh 24 jam berbanding 363 semalam dan 407 kelmarin. Menurut Kementerian Kesihatan, seorang lagi dilaporkan meninggal dunia sama seperti semalam. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes setakat ini meningkat kepada 747,119 manakala jumlah kumulatif kematian 9,006 orang. Kenyataan kementerian juga memaklumkan 525 orang dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 726,876 pulih. Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 443 dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Read More

Thailand capai 3 juta kes Covid-19

BANGKOK 5 Mac – Jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 Thailand mencecah 3 juta hari ini apabila merekodkan 22,818 kes baharu menjadikan jumlah 3,004,814 dengan 52 lagi meninggal dunia menjadikan 23,176 kematian. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, jumlah kes harian hari ini bagaimanapun tidak termasuk keputusan positif 33,085 ujian Antigen dalam tempoh 24 jam. Terdapat 22,566 kes melibatkan penduduk awam, 115 dalam kalangan penghuni penjara dan 137 kes import. Mengenai kes kematian, Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) menjelaskan daripada 52 kematian, 33 adalah lelaki dan 19 wanita – berumur antara enam bulan…

Read More

941 kes baharu di Filipina

MANILA 5 Mac – Kes jangkitan harian Covid-19 di Filipina menunjukkan peningkatan hari ini apabila merekodkan 941 kes berbanding 853 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 3,666,678. Sebanyak 109 lagi dilaporkan meninggal dunia, turun berbanding 232 yang dilaporkan semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 56,879 kematian. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH ), sehingga pukul 4 petang ini, jumlah kes sembuh meningkat apabila 1,784 lagi pulih menjadikan jumlah keseluruhan 3,560,425. Daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan di negara ini, 1.3 peratus atau 49,374 adalah kes aktif. Sementara itu, DoH menjelaskan daripada 941…

Read More

Kes harian tertinggi Malaysia

PUTRAJAYA 5 Mac – Malaysia merekodkan kes harian tertinggi Covid-19 iaitu sebanyak 33,209 kes semalam berbanding 32,768 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,561,766 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah yang dikesan semalam itu membabitkan 32,768 kes penularan tempatan dengan 441 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Beliau berkata kategori paling tinggi yang dicatatkan adalah pesakit kategori dua iaitu sebanyak 20,071 kes atau 60.44 peratus diikuti kategori satu 12,935 kes (38.95 peratus), kategori tiga (98 kes), kategori lima (53 kes) dan kategori empat (52…

Read More

Umrah selepas hubungan Thai-Saudi pulih

JEDDAH: Kumpulan pertama jemaah umrah dari Thailand tiba di Arab Saudi kelmarin  selepas kedua-dua negara memulihkan hubungan diplomatik sepenuhnya awal tahun ini. Ketibaan jemaah di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz (KAIA) di Jeddah disambut pegawai Kementerian Haji dan Umrah, Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam dan KAIA. Awal minggu ini, Saudi Airlines melancarkan semula penerbangan antara lapangan terbang Saudi dan Thailand, kurang dua bulan selepas hubungan diplomatik penuh dipulihkan sepenuhnya selepas kira-kira 32 tahun. Antara kelebihan pemulihan hubungan diplomatik sepenuhnya antara Arab Saudi dan Thailand ialah kembalinya penerbangan terus yang membolehkan…

Read More

974,335 kanak-kanak ambil vaksin

PUTRAJAYA 5 Mac – Sebanyak 21,460 lagi kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun mendapatkan vaksin Covid-19 di seluruh negara semalam menjadikan 974,355 atau 27.4 peratus golongan berkenaan telah menerima dos pertama. Menurut data di laman web COVIDNOW, jumlah penerima dos penggalak pula meningkat kepada 14,943,712 orang apabila 57,079 lagi individu tampil mendapatkan dos ketiga itu. Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,803,567 sudah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,900,616 mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin selepas 1,006 individu tampil mendapatkan dos itu. Semalam, 839 orang dari populasi dewasa tampil…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 1.02

PUTRAJAYA 5 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian di negara ini semalam naik kepada 1.02 berbanding 1.01 kelmarin. Hanya dua negeri merekodkan kadar di bawah 1.02 iaitu Johor 0.96, Sabah 0.91 manakala Kelantan dan Wilayah Persekutuan Labuan menyamai kadar 1.02. Sarawak mendahului dengan 1.41 berbanding 1.43 kelmarin diikuti Perak 1.28, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.23, Terengganu 1.18, Negeri Sembilan 1.11 manakala Pahang, Perlis dan Selangor masing-masing 1.10. Pulau Pinang mencatatkan 1.09, Melaka 1.06, Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.05, dan Kedah 1.05. Nilai R-naught merujuk kepada tahap…

Read More

Gejala berterusan 6 hingga 12 bulan

COPENHAGEN: Satu kajian Institut Serum Negara Denmark (SSI) mendapati hampir satu pertiga individu melaporkan mengalami gejala berterusan antara enam hingga 12 bulan selepas jangkitan Covid-19. Kajian yang membabitkan 152,000 orang di Denmark itu juga mencadangkan simptom jangka panjang yang paling biasa dilaporkan adalah perubahan dalam deria bau dan rasa serta keletihan. Menurut seorang penyelidik SSI, kajian itu turut membabitkan satu daripada kumpulan terbesar yang tidak dimasukkan ke hospital, dengan mengikuti mereka lebih lama daripada kajian utama lain. Ia dijalankan antara September 2020 hingga April 2021 iaitu sebelum lonjakan jangkitan disebabkan varian…

Read More