Kes Brunei Darussalam kini 84,844

BERAKAS 5 Mac – Sebanyak 4,095  kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, berbanding 4,215  semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes di Brunei Darussalam meningkat kepada 84,844.

Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar berkata, lima kematian dilaporkan hari ini, satu dikaitkan dengan Covid-19, dua tiada kaitan dan satu masih dalam siasatan menjadikan jumlah keseluruhan 69.

Katanya, sebanyak 10 kes dalam kategori 4 iaitu memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi manakala lapan kes dalam Kategori 5, iaitu memerlukan bantuan mesin pernafasan dan sedang dirawat di Unit Rawatan Intensif.

Bercakap pada sidang media Situasi Terkini Jangkitan Covid-19, beliau berkata, daripada kes baharu itu, 3,441 adalah hasil pengesanan daripada ujian ART dan 654 adalah hasil daripada 2,172 ujian makmal RT-PCR.

Sementara itu, sebanyak 3,369 kes direkodkan sembuh yang membawa jumlah kes pulih kepada 46,546  manakala jumlah kes aktif ialah sebanyak 38,158.

Pada masa ini kata Dr Isham , kadar pengisian di Pusat-pusat Pengasingan di seluruh negara atau ‘bed occupancy rate’ adalah sebanyak 10.1 peratus  dengan 339 kes aktif ditempatkan di pusat pengasingan.

Beliau juga memberitahu, sebanyak 37,819  kes positif kini sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Mengenai pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan, sehingga semalam, sebanyak 55.9 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara ini menerima tiga dos vaksin, manakala kadar satu dan dua dos masing-masing melebihi 94 peratus.

 

Related posts

Leave a Comment