974,335 kanak-kanak ambil vaksin

PUTRAJAYA 5 Mac – Sebanyak 21,460 lagi kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun mendapatkan vaksin Covid-19 di seluruh negara semalam menjadikan 974,355 atau 27.4 peratus golongan berkenaan telah menerima dos pertama.

Menurut data di laman web COVIDNOW, jumlah penerima dos penggalak pula meningkat kepada 14,943,712 orang apabila 57,079 lagi individu tampil mendapatkan dos ketiga itu.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,803,567 sudah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,900,616 mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin selepas 1,006 individu tampil mendapatkan dos itu.

Semalam, 839 orang dari populasi dewasa tampil melengkapkan vaksinasi mereka menjadikan 22,953,291 orang telah selesai vaksinasi manakala 23,232,845 telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Vaksinasi harian semalam menyaksikan 81,724 dos vaksin diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan PICK kanak-kanak (PICKids).

Ia meliputi 23,129 dos pertama, 1,516 dos kedua dan 57,079 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan setakat semalam sebanyak 67,600,736.

Related posts

Leave a Comment