Thailand capai 3 juta kes Covid-19

BANGKOK 5 Mac – Jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 Thailand mencecah 3 juta hari ini apabila merekodkan 22,818 kes baharu menjadikan jumlah 3,004,814 dengan 52 lagi meninggal dunia menjadikan 23,176 kematian.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, jumlah kes harian hari ini bagaimanapun tidak termasuk keputusan positif 33,085 ujian Antigen dalam tempoh 24 jam.

Terdapat 22,566 kes melibatkan penduduk awam, 115 dalam kalangan penghuni penjara dan 137 kes import.

Mengenai kes kematian, Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) menjelaskan daripada 52 kematian, 33 adalah lelaki dan 19 wanita – berumur antara enam bulan sehingga 104 tahun dengan purata 72 tahun, 51 warga Thai dan seorang Myanmar.

Bangkok merekodkan tujuh kematian di samping Samut Sakhon (3), Samut Prakan (2), Nakhon Pathom (1), Nonthaburi (1), Chon Buri (2) Ratchaburi (2), Sing Buri (2), dan setiap satu di Kanchanaburi, Chanthaburi, Chachoengsao, Trat, Rayong dan Ang Thong.

Timur Laut merekodkan 11 kematian, Utara (7) dan Selatan (8).

Bangkok terus merekodkan kes tertinggi iaitu 2,809, Chon Buri 1,126, Nakhon Si Thammarat 1,067, Samut Prakan 891, Samut Sakhon 670, Rayong 669, Nakhon Pathom 667, Phuket 658, Ayutthaya 656 dan Nonthaburi 654.

Kes import pula melibatkan ketibaan dari 30 negara termasuk Myanmar 32, Rusia 21, United Kingdom 12, Jerman 9, Perancis 8 dan Sweden 7.

Semalam, Jumaat sebanyak 232,147 orang menerima rawatan di hospital termasuk 1,124 pesakit serius dan 355 bergantung kepada bantuan ventilator.

Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 18,462 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan 2,749,491.

Sejak pandemik bermula, Thailand setakat ini merekodkan 3,004,814 kes termasuk 781,379 kes tahun ini di mana 2,749,491 sembuh manakala 23,176 kematian direkodkan termasuk 1,478 tahun ini.

Mengenai vaksinasi, sebanyak 124.64 juta dos didaftarkan di mana 77.4 peratus penduduk mendapat satu dos, 71.7 peratus dua dos dan 30.1 peratus menerima dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment