Gejala berterusan 6 hingga 12 bulan

COPENHAGEN: Satu kajian Institut Serum Negara Denmark (SSI) mendapati hampirĀ satu pertiga individu melaporkan mengalami gejala berterusan antara enam hingga 12 bulan selepas jangkitan Covid-19.

Kajian yang membabitkan 152,000 orang di Denmark itu juga mencadangkan simptom jangka panjang yang paling biasa dilaporkan adalah perubahan dalam deria bau dan rasa serta keletihan.

Menurut seorang penyelidik SSI, kajian itu turut membabitkan satu daripada kumpulan terbesar yang tidak dimasukkan ke hospital, dengan mengikuti mereka lebih lama daripada kajian utama lain.

Ia dijalankan antara September 2020 hingga April 2021 iaitu sebelum lonjakan jangkitan disebabkan varian Omicron yang mana kajian itu membuat perbandingan mengenai maklum balas terhadap 61,002 orang yang diuji positif Covid-19 bagi tempoh enam, sembilan atau 12 bulan dengan 91,878 individu yang diuji negatif

Secara keseluruhan, kira-kira 29.6 peratus daripada responden yang diuji positif melaporkan sekurang-kurangnya mengalami gejala fizikal yang berterusan antara enam hingga 12 bulan selepas jangkitan, berbanding 13 peratus dalam kumpulan yang dikawal.

Lebih separuh atau 53.1 peratus daripada mereka yang positif mengatakan mereka mengalami gejala sama ada keletihan mental atau fizikal, masalah tidur atau masalah kognitif antara tempoh enam hingga 12 bulan selepas dijangkiti, berbanding 11.5 peratus dalam kumpulan kawalan.

Hasil diagnosis baharu daripada kajian itu mengenai kegelisahan dan kemurungan juga adalah lebih biasa dalam kalangan mereka yang mempunyai sejarah jangkitan SARS-CoV-2.

Related posts

Leave a Comment