941 kes baharu di Filipina

MANILA 5 Mac – Kes jangkitan harian Covid-19 di Filipina menunjukkan peningkatan hari ini apabila merekodkan 941 kes berbanding 853 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 3,666,678.

Sebanyak 109 lagi dilaporkan meninggal dunia, turun berbanding 232 yang dilaporkan semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 56,879 kematian.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH ), sehingga pukul 4 petang ini, jumlah kes sembuh meningkat apabila 1,784 lagi pulih menjadikan jumlah keseluruhan 3,560,425.

Daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan di negara ini, 1.3 peratus atau 49,374 adalah kes aktif.

Sementara itu, DoH menjelaskan daripada 941 kes yang dilaporkan hari ini, 833 (89%) berlaku dalam tempoh 14 hari  (20 Februari – 5 Mac 2022).

Daripada 109 kematian pula, 11 berlaku pada Mac 2022 (10%), 59 pada Februari 2022 (53%), 24 pada Januari 2022 (22%), 1 pada Oktober 2021 (1%), 2 pada September 2021 (2%), 5 pada Ogos 2021 (5%), 1 pada Julai 2021 (1%), 5 pada Jun 2021 (5%), dan 1 pada Mei 2021 (1%).

Related posts

Leave a Comment