Kes di Arab Saudi turun lagi

RIYADH 5 Mac – Arab Saudi terus merekodkan penurunan kes harian Covid-19 apabila angka jangkitan jatuh kepada 283 kes dalam tempoh 24 jam berbanding 363 semalam dan 407 kelmarin.

Menurut Kementerian Kesihatan, seorang lagi dilaporkan meninggal dunia sama seperti semalam.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes setakat ini meningkat kepada 747,119 manakala jumlah kumulatif kematian 9,006 orang.

Kenyataan kementerian juga memaklumkan 525 orang dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 726,876 pulih.

Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 443 dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment