Kadar kebolehjangkitan 1.02

PUTRAJAYA 5 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian di negara ini semalam naik kepada 1.02 berbanding 1.01 kelmarin.

Hanya dua negeri merekodkan kadar di bawah 1.02 iaitu Johor 0.96, Sabah 0.91 manakala Kelantan dan Wilayah Persekutuan Labuan menyamai kadar 1.02.

Sarawak mendahului dengan 1.41 berbanding 1.43 kelmarin diikuti Perak 1.28, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.23, Terengganu 1.18, Negeri Sembilan 1.11 manakala Pahang, Perlis dan Selangor masing-masing 1.10.

Pulau Pinang mencatatkan 1.09, Melaka 1.06, Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.05, dan Kedah 1.05.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment