18,593 kes baharu Singapura

SINGAPURA 24 Feb. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 18,593 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 661,198 kes. Daripada jumlah itu, sebanyak 18,434 adalah jangkitan tempatan dan 159 kes import manakala kes baharu Protokol 2 (sihat tetapi diuji positif/gejala ringan) sebanyak 16,601 iaitu 82 import dan 16,519 jangkitan tempatan. Sebanyak 1,992 lagi disahkan menerusi ujian PCR. 1,915 adalah jangkitan tempatan manakala 77 adalah kes import. MoH juga merekodkan 12 kes kematian yang membawa kepada jumlah keseluruhan 975 orang meninggal dunia. Sementara itu seramai 1,615…

Read More

677 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 24 Feb. – Arab Saudi merekodkan 677 kes baharu Covid-19, meningkat sedikit berbanding 627 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 742,541. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), hanya satu kematian direkodkan berbanding tiga yang meninggal dunia semalam menjadikan jumlah keseluruhan 8,991. Dalam tempoh 24 jam, terdapat 1,585 kes pesakit sembuh dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 718,979 orang. Dalam kalangan kes aktif, terdapat 697 kes dalam keadaan kritikal. Untuk rekod, jangkitan tertinggi yang pernah direkodkan adalah pada 19 Januari sebanyak 5,928. Pada 19 Februari, kes jangkitan menunjukkan penurunan sehingga di bawah 1,000 kes

Read More

Brunei Darussalam catat 3,721 kes

BERAKAS 24 Feb. – Sebanyak lapan kes Covid-19 kategori 4 dan tiga kes kategori 5 dilaporkan di Brunei Darussalam ketika negara itu terus merekodkan peningkatan kes harian sebanyak 3,721 berbanding 3,285 semalam. Kes Kategori 4, memerlukan bantuan oksigen dan di bawah rawatan rapi manakala kes dalam Kategori 5, memerlukan bantuan mesin pernafasan dan sedang dirawat di Unit Rawatan Intensif. Menteri Kesihatan Dr. Md Isham Jaafar pada sidang media petang ini memaklumkan satu kematian baharu direkodkan melibatkan seorang lelaki berusia 88 tahun yang tidak mendapatkan vaksin Covid-19 dan mengalami masalah pernafasan. Katanya,…

Read More

MCA tanding 15 kerusi DUN Johor

JOHOR BAHRU 24 Feb. – MCA menurunkan sembilan muka baharu daripada 15 calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bulan depan. Presiden MCA, Dr Wee Ka Siong, berkata purata calon MCA dalam PRN Johor adalah berusia 43 tahun, “Daripada 14 orang ini enam daripada mereka dalam usia 30-an dengan seorang berusia 27 tahun, manakala calon paling senior berusia 60 tahun. Sembilan daripada mereka adalah muka baharu,” katanya pada sidang media di sini. Antara muka baharu tersenarai ialah Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Chan Shan Shan bertanding…

Read More

UMNO 37, MCA 15, MIC 4

JOHOR BAHRU 24 Feb. – Barisan Nasional (BN) membariskan lebih 70 peratus muka baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Mac ini, sekali gus menjadi penanda aras baharu pemilihan calon bagi parti itu dalam menghadapi pilihan raya selepas ini. Pengerusinya Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN turut menggunakan konsep WALI yang menggariskan tiga elemen iaitu ‘winnable’, ‘acceptable’ dan ‘likeable’ dalam menentukan calon bagi PRN Johor. “Lebih 80 peratus calon PRN Johor juga berusia  55 tahun ke bawah, manakala 80 peratus calon berkelulusan akademik serta profesional,” katanya pada majlis pengumuman calon BN, di…

Read More

Kes harian tertinggi di Thailand

BANGKOK 24 Feb. – Kementerian Kesihatan Awam hari ini mengumumkan peningkatan kes jangkitan harian Covid-19 dengan merekodkan 23,557 kes baharu dalam tempoh 24 jam serta jumlah kematian 38 orang. Mengikut rekod, angka baharu itu adalah yang tertinggi direkodkan sejak penularan pandemik di mana kes tertinggi sebelum ini dilaporkan pada 18 Ogos dengan jumlah jangkitan sebanyak 23,418 pada 18 Ogos 2022. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 2,794,350 dengan jumlah kematian pula 22,768 orang. Kes kematian yang direkodkan hari ini melibatkan individu berusia antara tujuh tahun hingga 97…

Read More

1,745 kes baharu Filipina

MANILA 24 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 1,745 pertambahan kes baharu Covid-19 hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,657,342. Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan 188 orang meninggal dunia menjadikan jumlah kumulatif 56,165 kematian. Kes sembuh pula menunjukkan peningkatan apabila 2,045 pesakit dilaporkan pulih menjadikan jumlah keseluruhan sembuh sebanyak 3,546,098 orang atau 97.0 peratus daripada keseluruhan kes. Daripada jumlah kes yang dicatatkan di negara ini sebanyak 1.5 peratus atau 55,079 adalah kes aktif. Sementara itu, DoH menjelaskan daripada 1,745 kes yang dilaporkan hari…

Read More

Tarikh akhir penggalak Sinovac 31 Mac

PUTRAJAYA 24 Feb. – Kementerian Kesihatan (KKM) melanjutkan tempoh pemberian dos penggalak sehingga 31 Mac ini kepada individu yang menerima vaksin jenis Sinovac, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Katanya, penerima vaksin Sinovac yang berusia 60 tahun ke atas perlu mendapatkan dos penggalak bagi mengekalkan status lengkap dalam MySejahtera sebelum 1 April ini. Sebelum ini KKM memutuskan mana-mana individu berusia 60 tahun ke atas yang menerima vaksin jenis Sinovac perlu mendapatkan dos penggalak sebelum 28 Februari tetapi dilanjutkan sehingga 31 Mac. “Penerima vaksin Sinovac yang berusia 60 tahun ke atas perlu…

Read More

Malaysia catat angka tertinggi

PUTRAJAYA 24 Feb. – Kes Covid-19 di negara ini melonjak melebihi 30,000 apabila 31,199 kes baharu dilaporkan semalam, berbanding 27,179 kelmarin sekali gus menjadi angka tertinggi pernah dicatatkan sejak virus berkenaan dikesan. Kes tertinggi pernah dilaporkan di negara ini adalah pada 19 Februari lalu dengan 28,825 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, dalam kenyataannya berkata sejumlah 31,080 kes adalah penularan tempatan dengan 119 kes lagi adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Daripada jumlah itu sejumlah 99.38 peratus atau 31,005 kes adalah pesakit kategori satu dan dua…

Read More

5 negeri guna katil ICU lebih 50 peratus

PUTRAJAYA 24 Feb. – Lima negeri mencatatkan penggunaan katil melebihi 50 peratus di wad unit rawatan rapi (ICU) bagi merawat pesakit Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Kelantan mendahului dengan mencecah 83 peratus, tertinggi direkodkan setakat ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (65 peratus), Johor (65 peratus), Melaka (58 peratus) dan Perlis (55 peratus). Bagi katil bukan ICU, terdapat tiga negeri merekodkan penggunaan katil melebihi 90 peratus iaitu di Kelantan (101 peratus), Selangor (97 peratus) dan Perak (90 peratus). Bagi katil bukan ICU melebihi 50 peratus direkodkan…

Read More