677 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 24 Feb. – Arab Saudi merekodkan 677 kes baharu Covid-19, meningkat sedikit berbanding 627 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 742,541.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), hanya satu kematian direkodkan berbanding tiga yang meninggal dunia semalam menjadikan jumlah keseluruhan 8,991.

Dalam tempoh 24 jam, terdapat 1,585 kes pesakit sembuh dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 718,979 orang.

Dalam kalangan kes aktif, terdapat 697 kes dalam keadaan kritikal.

Untuk rekod, jangkitan tertinggi yang pernah direkodkan adalah pada 19 Januari sebanyak 5,928.

Pada 19 Februari, kes jangkitan menunjukkan penurunan sehingga di bawah 1,000 kes

Related posts

Leave a Comment