Kes harian tertinggi di Thailand

BANGKOK 24 Feb. – Kementerian Kesihatan Awam hari ini mengumumkan peningkatan kes jangkitan harian Covid-19 dengan merekodkan 23,557 kes baharu dalam tempoh 24 jam serta jumlah kematian 38 orang.

Mengikut rekod, angka baharu itu adalah yang tertinggi direkodkan sejak penularan pandemik di mana kes tertinggi sebelum ini dilaporkan pada 18 Ogos dengan jumlah jangkitan sebanyak 23,418 pada 18 Ogos 2022.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 2,794,350 dengan jumlah kematian pula 22,768 orang.

Kes kematian yang direkodkan hari ini melibatkan individu berusia antara tujuh tahun hingga 97 tahun dan Bangkok merekodkan 10 kematian baharu

Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 16,131 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 2,590,589 orang pulih.

Daripada 23,557 kes baharu, 228 adalah dikesan semasa ketibaan dari negara-negara lain, 96 kes melibatkan penghuni penjara manakala yang lain kes tempatan.

Bangkok masih mendahului dengan still 3,236, disusuli Chon Buri 1,250, Samut Prakan 994, Nakhon Si Thammarat 899, Nonthaburi 875, Samut Sakhon 790, Ratchaburi 666, Phuket 645, Rayong 642 dan Nakhon Ratchasima 629.

Kes import pula melibatkan ketibaan dari Rusia 58, Kemboja 26, Jerman 20, United Kingdom 13, Singapura 11, Kazakhstan 10 dan lapan masing-masing dari Myanmar dan Perancis.

Semalam, sebanyak 180,993 orang menerima rawatan Covid-19 termasuk 905 dalam keadaan kritikal dan 240 bergantung kepada bantuan ventilator.

Sejak permulaan pandemik awal 2020, terdapat 2,794,350 kes Covid-19 termasuk 570,915 kes tahun ini dengan 2,590,589 kes sembuh setakat ini.

Jumlah kematian sebanyak 22,768, termasuk 1,070 tahun ini.

Related posts

Leave a Comment