1,745 kes baharu Filipina

MANILA 24 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 1,745 pertambahan kes baharu Covid-19 hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,657,342.

Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan 188 orang meninggal dunia menjadikan jumlah kumulatif 56,165 kematian.

Kes sembuh pula menunjukkan peningkatan apabila 2,045 pesakit dilaporkan pulih menjadikan jumlah keseluruhan sembuh sebanyak 3,546,098 orang atau 97.0 peratus daripada keseluruhan kes.

Daripada jumlah kes yang dicatatkan di negara ini sebanyak 1.5 peratus atau 55,079 adalah kes aktif.

Sementara itu, DoH menjelaskan daripada 1,745 kes yang dilaporkan hari ini, 1,250 (72%) berlaku dalam tempoh 14 hari kebelakangan ini (11 Februari – 24 Februari 2022).

Daripada 188 kematian, 94 berlaku pada Februari 2022 (50%), 36 pada Januari 2022 (19%), 2 pada Disember 2021 (1%), 1 pada November 2021 (1%), 6 pada Oktober 2021 (3%), 44 pada September 2021 (23%), 4 pada Ogos 2021 (2%), dan 1 pada Jun 2021 (1%).

Related posts

Leave a Comment