18,593 kes baharu Singapura

SINGAPURA 24 Feb. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 18,593 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 661,198 kes.

Daripada jumlah itu, sebanyak 18,434 adalah jangkitan tempatan dan 159 kes import manakala kes baharu Protokol 2 (sihat tetapi diuji positif/gejala ringan) sebanyak 16,601 iaitu 82 import dan 16,519 jangkitan tempatan.

Sebanyak 1,992 lagi disahkan menerusi ujian PCR. 1,915 adalah jangkitan tempatan manakala 77 adalah kes import.

MoH juga merekodkan 12 kes kematian yang membawa kepada jumlah keseluruhan 975 orang meninggal dunia.

Sementara itu seramai 1,615 pesakit masih dirawat di hospital, di mana 221 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa manakala 44 lagi dipantau rapi di ICU.

Related posts

Leave a Comment