KULAI 23 Feb. – Parti Warisan mengumumkan Bukit Batu sebagai kerusi pertama untuk dirandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi memberi pilihan kepada rakyat negeri itu, bukannya bagi membentuk kerajaan. Presidennya Mohd Shafie Apdal berkata, Warisan mahu menjadi pembangkang yang kuat dan bilangan serta kerusi selebihnya yang akan ditandingi, akan diumumkan sebelum hari penamaan calon yang berbaki tiga hari lagi. “Kita akan bertanding dalam Johor, mungkin tidak banyak kerusi, tetapi sasaran kita adalah untuk menjadi pembangkang yang kuat di Johor. Kita akan mulakan kebangkitan rakyat di negeri ini sebelum…
Read MoreDay: February 23, 2022
20,312 kes baharu Singapura
SINGAPURA 23 Feb. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan tujuh kematian serta 20,312 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari yang terdiri daripada 20,152 jangkitan tempatan dan 160 kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini meningkat kepada 642,605 dengan 963 kematian. Jumlah kes baharu Protokol 2 adalah 17,322, terdiri daripada 55 kes import dan 17,267 jangkitan tempatan. Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Sebanyak 2,990 kes lagi disahkan menerusi…
Read MoreMaro : Tegur menegur amalan mulia
1,534 kes baharu dan Covid-19
MANILA 23 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 1,534 kes baharu Covid-19 dan 201 kematian menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,655,709 kes serta 55,977 meninggal dunia. Menurut DoH sebanyak, 2,729 kes dilaporkan sembuh manakala 201 orang meninggal dunia. Daripada jumlah kes yang dicatatkan dalam negara, sebanyak 55,449 adalah kes aktif. DoH menasihatkan masyarakat supaya terus mematuhi standard kesihatan awam minimum dengan betul dan dengan memakai topeng muka, penjarakan fizikal, dan mencuci tangan. Sementara itu, daripada 1,534 kes yang dilaporkan hari ini, 1,057 (69%) berlaku dalam tempoh 14 hari terakhir…
Read MoreLonjakan kes di Thailand
BANGKOK 23 Feb. – Selepas lima hari berturut-turut merekodkan lebih 18,000 kes harian Covid-19, jumlah kes di Thailand hari ini melonjak kepada 21,232 kes dengan jumlah kematian 39 orang. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,770,793 orang manakala 22,790 meninggal dunia. Semalam Thailand merekodkan 18,363 kes dan sebelum itu 18,066 kes pada 18 Februari diikuti 18,885 (19 Feb.), 18,953 (20 Feb.) dan semalam 18,883 (21 Feb.) Terdapat 20,904 kes baharu dalam kalangan penduduk awam, 160 penghuni penjara dan 168 kes import. Kes kematian melibatkan mereka yang berumur antara…
Read MorePejuang tanding 42 kerusi PRN Johor
PUTRAJAYA 23 Feb. – Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) hanya bertanding 42 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan. Pengerusi Pejuang, Dr Mahathir Mohamad, berkata keputusan itu dibuat berasaskan kehendak rakyat dan kesesuaian komposisi pengundi. Katanya, Pejuang mengambil kira beberapa faktor sebelum membuat pemilihan calon yang bakal mewakili parti itu pada PRN Johor, antaranya ada sesetengah kerusi DUN tidak sesuai dengan Pejuang. “Pejuang ini parti Melayu. Kalau kawasan itu dominasi bukan Melayu, agak sukar bagi kita. Kita tak mahu tunjuk kita tamak, nak…
Read MoreKeluar Warisan tubuh KDM
KOTA KINABALU 23 Feb. – Bekas pemimpin Parti Warisan Sabah (Warisan), Peter Anthony mengumumkan penubuhan parti baharu, Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM). Katanya, penubuhan KDM adalah sebagai platform untuk meneruskan perjuangan politiknya bersama beberapa bekas pemimpin Warisan yang lain. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap itu, penubuhan parti berkenaan sudah diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) pada 18 Februari lalu. itemui media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini, beliau memaklumkan, penubuhan parti berkenaan sudah diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) pada 18 Februari lalu. “Kita akan buat…
Read MoreKes harian Malaysia meningkat
PUTRAJAYA 23 Feb. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di negara ini meningkat semula semalam apabila merekodkan 27,179 kes baharu berbanding 25,099 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan 3,273,958 kes. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 27,059 adalah kes tempatan dan 120 kes import. Katanya, sebanyak 99.37 peratus atau 27,007 kes adalah pesakit Covid-19 dalam kategori 1 dan 2 iaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan dan selebihnya 172 kes bersamaan 0.63 peratus adalah kategori 3, 4 dan 5. Daripada jumlah itu, 51 kes belum divaksinasi, 91 kes sudah menerima dua dos…
Read MoreBrunei sambut Hari Kebangsaan ke-38
BANDAR SERI BEGAWAN 23 Feb. – Brunei Darussalam hari ini menyambut Hari Kebangsaan Kali Ke-38 yang bertemakan Menjayakan Wawasan Negara. Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-38 itu berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu negara. Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah hadir pada perhimpunan itu yang diadakan dalam suasana meriah dengan pematuhan protokol kesihatan. Malam tadi, dalam titah perutusan di Istana Nurul Iman, baginda bersyukur kerana dapat meraikan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-38 tahun ini. “Hari Kebangsaan adalah detik bersejarah bagi setiap negara merdeka…
Read More615,671 kanak-kanak ambil dos pertama
PUTRAJAYA 23 Feb. – Sebanyak 49,310 lagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun tampil mendapatkan dos pertama vaksin Covid-19 semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 615,671 individu atau 17.3 peratus daripada populasi itu menerima dos pertama melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids). Menurut data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 14,176,241 atau 60.3 peratus populasi dewasa pula telah menerima dos penggalak Covid-19. Sebanyak 22,945,612 atau 97.5 peratus daripada populasi dewasa lengkap vaksinasi manakala 23,223,983 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos. Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,799,326 individu atau…
Read More