Kembali ke masjid solat Jumaat

GAZA – Laungan azan ‘Allahu Akbar, Maha Suci Allah, Tuhan sekalian alam’ bergema serentak di masjid-masjid sekitar Gaza, pada Jumaat seminggu selepas gencatan senjata dilaksanakan di wilayah Palestin yang majoritinya beragama Islam itu.

Ribuan penduduk kembali menjejakkan kaki ke masjid-masjid sama ada bangunannya yang sempurna ataupun rosak bagi menunaikan solat Jumaat.

Masjid Sayed Hachem, antara masjid tertua di bandar terbesar Gaza itu, turut jadi tumpuan, masjid yang terselamat hampir sepenuhnya daripada kemusnahan sepanjang dua tahun serangan udara dan pertempuran antara Israel dan Hamas.

Ratusan jemaah, berhimpun di masjid itu, di mana mimbar tempat imam berkhutbah kelihatan masih utuh.

Menurut Pejabat Media Hamas di wilayah Palestin, daripada 1,244 masjid di seluruh Gaza, sebanyak 1,160 dilaporkan musnah sebahagian atau sepenuhnya,

Ketika solat kelihatan kebanyakan penduduk masih meneruskan kebiasaan yang terbentuk sejak beberapa bulan lalu ada yang membentang sejadah di atas jalan, di atas timbunan runtuhan atau di dalam masjid yang dindingnya roboh.

Sebahagian yang lain menunaikan solat berdekatan deretan khemah yang menempatkan ribuan penduduk Palestin hilang tempat tinggal di seluruh Gaza, dalam keadaan hidup yang masih serba kekurangan.

Related posts

Leave a Comment