Keluar Warisan tubuh KDM

KOTA KINABALU 23 Feb. – Bekas pemimpin Parti Warisan Sabah (Warisan), Peter Anthony mengumumkan penubuhan parti baharu, Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).

Katanya, penubuhan KDM adalah sebagai platform untuk meneruskan perjuangan politiknya bersama beberapa bekas pemimpin Warisan yang lain.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap itu, penubuhan parti berkenaan sudah diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) pada 18 Februari lalu.

itemui media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini, beliau memaklumkan, penubuhan parti berkenaan sudah diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) pada 18 Februari lalu.

“Kita akan buat pelancaran rasmi parti ini pada 13 Mac depan. Selepas itu, kita turut merancang menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang kini menerajui kerajaan negeri apabila gabungan berkenaan didaftarkan secara rasmi kelak,” katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau,  Juil Nuatim yang dilantik sebagai Timbalan Presiden KDM dan Setiausaha Agung, Dr Gaim @ James Lunkapis.

Peter mengumumkan keluar daripada Warisan pada 28  Disember lalu dan berhasrat menubuhkan parti baharu yang mesra kepada kerajaan GRS.

Sebelum ini, Presiden Star, Dr. Jeffrey Kitingan mempelawa Peter untuk menyertai Star namun pelawaan itu ditolak kerana Peter sudah menubuhkan parti baharu yang akan bersama-sama menyumbang kepada kemajuan Sabah.

Related posts

Leave a Comment