615,671 kanak-kanak ambil dos pertama

PUTRAJAYA 23 Feb. – Sebanyak 49,310 lagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun tampil mendapatkan dos pertama vaksin Covid-19 semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan 615,671 individu atau 17.3 peratus daripada populasi itu menerima dos pertama melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids).

Menurut data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 14,176,241 atau 60.3 peratus populasi dewasa pula telah menerima dos penggalak Covid-19.

Sebanyak 22,945,612 atau 97.5 peratus daripada populasi dewasa lengkap vaksinasi manakala 23,223,983 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,799,326 individu atau 90 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,888,143 atau 92.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi keseluruhan, 51,849 lagi tampil mendapatkan dos pertama menjadikan jumlah keseluruhan 26,727,797 atau 81.8 peratus manakala 78.8 peratus atau 25,744,938 melengkapkan dos mereka.

Related posts

Leave a Comment